BAYAN LEPAS: Seorang siak masjid meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan COVID-19 di sebuah klinik di sini pada malam Sabtu.
Difahamkan warga emas berusia 67 tahun yang bertugas di sebuah masjid di sini rebah ketika hendak mendapatkan rawatan di klinik berkenaan kerana demam.
Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan sepasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lengkap dengan pakaian perlindungan bergegas ke klinik berkenaan untuk membawa jenazahnya ke Hospital Pulau Pinang.
Susulan kejadian itu, pengurusan Masjid Al-Hidayah dalam satu kenyataan memaklumkan masjid berkenaan akan ditutup bermula 23 Mei sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak.
Pihak pengurusan masjid juga menasihatkan ahli kariah yang mempunyai kontak rapat dengan Allahyarham supaya bersedia untuk melakukan ujian calitan COVID-19.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.
Jelasnya, ujian swab kedua akan dijalankan bagi mengesahkan sama ada mangsa dijangkiti COVID-19 atau tidak.
"Seperti yang disarankan pihak pengurusan masjid, kita berharap jemaah yang lain terutamanya yang ada kontak rapat dengan siak masjid berkenaan untuk membuat ujian saringan COVID-19.
"Justeru saya ingin mengingatkan semua masyarakat agar sentiasa patuh dan ikut pada SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Siak rebah dalam klinik dipercayai dijangkiti Covid-19
Sinar Harian
Sun May 23 2021

Petugas KKM yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri mengangkat mayat mangsa yang rebah di sebuah klinik untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Sultan Selangor titah percepat vaksinasi kepada imam, bilal, siak
Baginda berpandangan adalah penting untuk imam, bilal dan siak serta jurunikah ini diberi keutamaan memperoleh vaksin COVID-19 secepat mungkin

Siak rebah dalam klinik dipercayai dijangkiti COVID-19
Difahamkan warga emas berusia 67 tahun yang bertugas di sebuah masjid di sini rebah ketika hendak mendapatkan rawatan di klinik berkenaan kerana demam.

Belanjawan 2021: Guru takmir, KAFA, imam antara bakal terima bayaran khas RM500
RM1.4 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

P. Pinang benar solat fardu berjemaah di masjid dan surau, terhad tiga jemaah - JHEAIPP
Kebenaran solat berjemaah bagi solat fardu lima waktu adalah terhad kepada tiga orang iaitu imam, bilal dan siak bertugas.

Polis buru lelaki pancing duit tabung masjid
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ismail berkata, kejadian itu hanya disedari siak masjid pada 7.30 malam apabila dimaklumkan wang tabung di ruang solat wanita hilang.

RM1.47 juta bayaran 'one-off' untuk bilal, siak masjid di Perak
Proses pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mulai minggu depan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Jakim salur lebih RM21.5 juta kepada kerajaan negeri Melaka
Jakim memperuntukkan lebih RM21.5 juta untuk pembayaran elaun kepada imam, guru takmir, bilal, siak dan guru Kelas Al-Quran serta guru KAFA di Melaka.