SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor supaya mempercepatkan proses vaksinasi COVID-19 kepada para imam, bilal dan siak di masjid serta surau, dan jurunikah di seluruh Selangor.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, ia adalah sebagai persediaan awal bagi membolehkan masjid dan surau dibuka untuk lebih ramai jemaah khususnya bagi menunaikan Solat Jumaat, bergantung kepada perkembangan terkini Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Baginda berpandangan adalah penting untuk imam, bilal dan siak serta jurunikah ini diberi keutamaan memperoleh vaksin COVID-19 secepat mungkin sebagai perlindungan, kerana tugas mereka terdedah kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi.
Kenyataan yang sama memaklumkan baginda juga berkenan berangkat mengurniakan watikah pelantikan Sahibus Samahah, Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Timbalan Mufti Selangor yang baharu di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Kenyataan itu menyebut Datuk Dr Anhar Ophir kini secara rasminya dilantik sebagai Mufti Selangor berkuat kuasa 21 Mei.
Anhar yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Mufti Selangor sejak 2016 memiliki kelulusan tertinggi Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh), Mumtaz dari The World Islamic Sciences And Education University (WISE), Jordan dan Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiah), Mumtaz dari Universiti Kaherah, Mesir.
Jawatan Timbalan Mufti Selangor pula kini diambil alih oleh Prof Madya Dr. Miszairi Sitiris.
Miszairi yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah IRKH (Fiqh dan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) sebelum ini bertugas sebagai Pensyarah di IIUM sejak 1996.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021

Baginda berpandangan adalah penting untuk imam, bilal dan siak serta jurunikah ini diberi keutamaan memperoleh vaksin COVID-19 secepat mungkin. - Gambar hiasan/BERNAMA

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Sultan Selangor titah pegawai kerajaan bertugas penuh tanggungjawab, jauhi rasuah
Baginda bertitah ketua jabatan juga perlu memastikan salah guna kuasa tidak berlaku di jabatan masing-masing.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.

Titah Sultan Selangor ada makna tersirat, seru rakyat rai perbezaan - Penganalisis
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.

Henti bertelagah, jauhi rasuah perosak negara - Sultan Selangor
Baginda turut khuatir dengan pelbagai cubaan membunuh karakter yang semakin berleluasa dengan niat memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu.

Sultan Selangor zahir rasa sedih atas pemergian adiguru kraf ukiran halus
Baginda sentiasa kagum dengan kebolehan dan ketelitian Allahyarham sebagai seorang pengukir kayu tradisional hingga dikenali di peringkat antarabangsa dan menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022

Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.

Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.

Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.