Amirudin, yang sedang menjalani penggal kedua sebagai menteri besar, berkata nasihat itu dititipkan baginda bagi memastikan negeri berada dalam keadaan stabil dan harmoni.
Awal hari ini, Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
"Ekonomi Selangor akan terjejas dan perhatian rakyat akan beralih daripada usaha penting apabila ketidakstabilan berlaku," katanya kepada media.
Sejak beberapa hari lalu, timbul spekulasi bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, akan menggantikan tempat Amirudin sebagai Menteri Besar.