Sejumlah RM1.47 juta diperuntukkan kerajaan Persekutuan bagi pembayaran khas secara ''one-off'' kepada 2,950 bilal dan siak di seluruh negeri Perak.
Anggota Exco Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata bilal dan siak dari 688 masjid di seluruh negeri itu akan menerima bayaran RM500 setiap seorang.
"Saya harap insentif yang diberikan kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis Ijtimak Belia Masjid Peringkat Negeri Perak 2017 yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini, malam tadi.
Mohd Nizar berkata proses pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mulai minggu depan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2017

Zambry (kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM1.47 juta kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin (dua, kanan) untuk diagihkan kepada pegawai masjid pada program di kediamannya malam tadi. -- fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Terengganu lunas tunggakan elaun imam, bilal
Perbezaan pandangan dan parti antara faktor yang menyebabkan hak sebahagian imam dan bilal ini dinafikan sebelum ini.

Peruntukan RM21.18 juta kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA di N. Sembilan
Caruman kerajaan bagi Pakej Program SPS Lindung Perkeso juga diteruskan tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir.

Imam, bilal enggan divaksin akan diberi kaunseling - Ahmad Marzuk
Kaunseling itu bagi menjelaskan kepentingan pengambilan vaksin serta memberi penerangan bahawa vaksinasi tidak membawa keburukan.

Sultan Selangor titah percepat vaksinasi kepada imam, bilal, siak
Baginda berpandangan adalah penting untuk imam, bilal dan siak serta jurunikah ini diberi keutamaan memperoleh vaksin COVID-19 secepat mungkin

Belanjawan 2021: Guru takmir, KAFA, imam antara bakal terima bayaran khas RM500
RM1.4 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jawatankuasa teknikal ditubuhkan untuk perkasa industri nasyid - Zulkifli
Satu jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan bagi merangka pelan pembangunan semula industri nasyid dalam usaha memperkasa industri berkenaan.

P. Pinang benar solat fardu berjemaah di masjid dan surau, terhad tiga jemaah - JHEAIPP
Kebenaran solat berjemaah bagi solat fardu lima waktu adalah terhad kepada tiga orang iaitu imam, bilal dan siak bertugas.

Bilal masjid melecur disimbah minyak sebelum dibakar
Seorang bilal mengalami lecur di bahagian badan dan muka, selepas seorang lelaki bertindak menyimbah minyak dan membakar dirinya.

'Kalimah syahadah selamatkan diriku!'
Bilal yang dikenali sebagai Mohd Rahman itu berkata, waktu kejadian itu berlaku dia baharu sahaja mahu laungkan azan Maghrib di masjid berkenaan.

Padah tetak bekas isteri sehingga parah, bilal dihukum penjara 12 tahun
Seorang bilal dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen George Town hari ini, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas bekas isterinya.