SEREMBAN: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM21.18 juta kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Sembilan pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata daripada jumlah itu, RM12.8 juta diperuntukkan kepada imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri itu melibatkan seramai 4,034 penerima, manakala elaun dan bayaran khas bagi 2,129 guru KAFA pula masing-masing berjumlah RM7.3 juta dan RM1.06 juta.
"Bayaran khas RM500 secara one-off diberikan kepada 1,696 penerima terdiri daripada imam, bilal siak, dan guru takmir dengan peruntukan RM848,000, yang akan disalurkan kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini," katanya ketika berucap pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Masjid Sri Sendayan di sini, hari ini.
Idris berkata caruman kerajaan sebanyak RM232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) Perkeso, juga diteruskan tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri ini dengan peruntukan RM282,153 setahun.
Beliau berkata kerajaan turut memperuntukkan RM140 juta bagi projek infrastruktur sekolah Tahfiz dan pondok yang mendaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dalam perkembangan lain, Idris berkata isu ajaran sesat di negara ini masih terkawal dan pemantauan terus dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Agama Islam di setiap negeri.
"Sekiranya terdapat bahan-bahan di media sosial mengenai ajaran sesat oleh individu di negara ini, terus maklumkan kepada Jakim dan kami akan menyalurkan maklumat itu kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022

Idris berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM140 juta bagi projek infrastruktur sekolah Tahfiz dan pondok yang mendaftar di bawah Jakim. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Ezam Mohd Nor, Mazlan Ismail sah sertai Pas
Idris berkata, kedua-dua figura itu merupakan sahabat lama dan sentiasa berhubung walaupun berbeza perjuangan dalam arena politik.

Cetakan senaskhah al-Quran bukan RM500 - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500.

'Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad
Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.

Zahid bimbang prestasi PRK Johor berulang seperti PRN - Idris
Kenyataan Ahmad Zahid seolah-olah bimbang bahawa keputusan PRK di Johor akan memperlihatkan prestasi sama seperti PRN di enam negeri.

Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad
Katanya, pihak yang memperalatkan agama ialah mereka yang meletakkan sesuatu perkara halal sebagai haram dan begitu juga sebaliknya.

Pertemuan Hadi-Tun M: Pas nafi mahu tinggalkan Bersatu - Idris
Pas menafikan dakwaan pertemuan yang berlangsung antara Presiden Pas dengan Dr Mahathir sebagai langkah untuk meninggalkan Bersatu.

'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris
Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.

'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad
Ia terlihat selepas terbubarnya Parlimen dan mereka di negeri-negeri ditadbir Pas khususnya, menunjukkan sokongan kepada PN.

PRU15: Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor
Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali digugurkan daripada senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).