Kerusi Parlimen itu sebaliknya diberikan kepada calon Pas, Datuk Idris Ahmad, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, pula menepati ramalan apabila diumum sebagai calon di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.
PRU15: Azmin di Gombak, Faizal di Tambun, ini senarai calon PN diumum Muhyiddin
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon PN bagi PRU15 di MITEC di sini, malam ini.
Sementara itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal di kerusi Parlimen Larut.
Pimpinan-pimpinan utama Bersatu yang sudah diumumkan sebelum ini termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal di kerusi masing-masing kecuali Datuk Seri Rina Harun yang diletakkan di Sepang.