Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan lebih RM21.5 juta untuk pembayaran elaun kepada imam, guru takmir, bilal, siak dan guru Kelas Al-Quran serta guru Fardu Ain (KAFA) di Melaka pada tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM15.87 juta diperuntukkan untuk pembayaran imbuhan guru KAFA, RM4.08 juta (imam) dan guru takmir (RM1.56 juta).
Beliau berkata jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2017 Oktober tahun lepas.
"Sebanyak RM149,500 diperuntukkan bagi membayar imbuhan bilal dan siak iaitu masing-masing berjumlah RM75,500 melibatkan 151 bilal dan RM74,000 melibatkan 148 siak.
"Peruntukan ini adalah komitmen kerajaan persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan ia menjadi keutamaan dalam usaha untuk memartabatkan syiar dan syariat Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri Melaka di sini, hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Yaakub Md Amin dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha.
Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata kerajaan turut memberikan perhatian khusus pada bidang keagamaan dalam menyumbang kepada kejayaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) menerusi perlbagai inisiatif yang dilaksanakan secara bersepadu dalam memastikan agenda pembangunan ummah termasuk bidang pendidikan Islam, ekonomi, politik, seni dan budaya serta dakwa berjalan secara tersusun.
Beliau berkata selain itu, kerajaan turut mempekenalkan 'Manhaj wasatiyyah' sebagai kerangka dalam pembangunan negara berlandaskan al-Quran dan sunnah bersesuaian dengan budaya masyarakat majmuk di negara ini.
"Hasrat membina bangsa yang bertamadun dengan sahsiah yang terpuji pada tahun 2050 tidak dapat lari daripada acuan pendidikan dan nilai apatah lagi ia akan berdepan dengan cabaran teknologi dan pemikiram dunia hari ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua anggota parlimen mempunyai masa yang mencukupi bagi mengkaji dan menilai usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355 yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat dua hari lepas.
"Apabila RUU355 ini ditangguh pada sesi akan datang ia memberi satu isyarat bahawa Speaker memberikan ruang seluas-luasnya kepada semua anggota parlimen pelbagai parti untuk membuat keputusan sama ada bersetuju atau menolak," katanya.
Katanya sekiranya dipersetujui ia akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan bagi proses seterusnya kerana RUU355 adalah di bawah bidang kerajaan dan bukannya milik individu atau parti politik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017

ASYRAF: Pembayaran elaun kepada imam, guru takmir, bilal, siak dan guru Kelas Al-Quran serta guru Fardu Ain (KAFA).
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.

Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.

Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.

'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.

Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.

Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.