KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen menyarankan kerajaan mengkaji kemungkinan menyenaraikan tawaran awam permulaan (IPO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sebagai salah satu cara mengumpul wang bagi membantu mengurangkan hutang negara.
Wong Chen (PH-Subang) ketika perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata penyenaraian Petronas itu akan memberikan suntikan tunai yang besar bagi mengurangkan hutang negara, menyediakan lebih ketelusan kewangan dan tadbir urus yang lebih baik kepada syarikat minyak dan gas negara, sekali gus meningkatkan hasil fiskal keseluruhan bagi kerajaan.
"Saya percaya sekiranya Petronas diurus sebagai satu syarikat dengan piawaian tadbir urus antarabangsa yang tinggi, purata keuntungan syarikat itu akan melebihi RM60 bilion setahun dan boleh mencecah RM100 bilion setahun," katanya pada sesi perbahasan hari ini.
Katanya, peningkatan ini boleh menolong mengurangkan hutang negara ke tahap lebih kurang 30 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam masa 10-15 tahun.
"Perkiraannya telah dibuat, kita akan lihat dengan penyenaraian Petronas, saham 20 peratus yang dijual kepada awam, kita boleh menaikkan RM300 billion perolehan dan tingkatkan pendapatan tambahan kepada RM60 bilion setahun.
"Jika kita membayar (hutang) semua ini, hutang negara boleh diturunkan ke paras terkawal 30 peratus KDNK, oleh itu saya menyeru kerajaan membuat satu kajian terperinci segera sebelum faktor seperti perubahan iklim memudaratkan penilaian aset-aset Petronas," katanya.
Beliau juga mencadangkan kerajaan mengikut langkah bijak yang dilakukan oleh Arab Saudi melalui penyenaraian Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) pada tahun 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023

Wong Chen mencadangkan kerajaan mengikut langkah bijak yang dilakukan oleh Arab Saudi melalui penyenaraian Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) pada tahun 2019. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 17 akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Ahli Parlimen Gerik beremosi, sidang Dewan Rakyat 'cemas' seketika
Fathul Huzir meminta maaf dan menyatakan keadaan itu mungkin disebabkan beliau terlalu emosi, ketika berbahas.

Dewan Rakyat: Pemilihan Speaker, undi percaya dijadual pada 19 Disember
Turut terkandung dalam urusan mesyuarat ialah pemilihan timbalan-timbalan Yang di-Pertua.

RUU Antilompat Parti: Kelulusan disambut baik, dua kelemahan perlu ditangani - BERSIH
Kelulusan ini perlu dilihat sebagai satu permulaan kepada perkembangan yang lebih progresif, adil dan kukuh.

Agong perkenan 12 akta yang diluluskan Parlimen - Yang Dipertua Dewan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan 12 akta yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang lepas.

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat bagi penggal keempat bermula 6 hingga 30 Sept - Speaker
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan, mesyuarat kedua Dewan Rakyat bagi penggal keempat pula akan diadakan selama 32 hari bermula 25 Oktober hingga 16 Disember.

Perbahasan RUU Perbekalan 2021 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbahasan akan bermula sebaik selesai sesi soal jawab lisan yang akan membuka tirai hari keenam persidangan itu.

Ahli Parlimen Sabah mula jalani kuarantin di KL sebelum sidang Dewan Rakyat
Menjelang persidangan Dewan Rakyat 2 Nov ini, beberapa Ahli Parlimen dari Sabah mula menjalani kuarantin di ibu negara sejak semalam bagi membolehkan mereka menghadiri mesyuarat ketiga penggal ketiga

Wakil rakyat Sabah ambil sikap tunggu dan lihat - Penganalisis politik
Wakil rakyat Sabah dilihat mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat sebarang keputusan sama ada melompat parti atau tidak.

Sifatkan Sidang Dewan Rakyat sebagai 'sampah', Xavier didakwa hina institusi diraja
Menerusi rakaman selama hampir tiga minit itu, beliau berkata Sidang Dewan Rakyat tersebut tidak berguna.