KUALA LUMPUR : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti pada Khamis.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemandu BERSIH pada Khamis, kelulusan ini menjadi batu penanda kepada kejayaan Memorandum Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) yang memperlihatkan perbincangan dan kerjasama secara profesional antara ahli politik di pihak yang berbeza untuk duduk sekali berbincang polisi bagi membawa demokrasi negara kita bergerak satu langkah ke hadapan.
Bagaimanapun, menurut BERSIH, kelulusan ini perlu dilihat sebagai satu permulaan kepada perkembangan yang lebih progresif, adil dan kukuh untuk menghadapi cabaran-cabaran politik di masa akan datang.
Ini termasuk mengalu-alukan ruang penambahbaikan dalam dua kelemahan menerusinya.
"BERSIH mengenalpasti masih ada sekurang-kurangnya dua kelemahan dalam RUU yang diluluskan ini yang perlu diperbaiki pada masa hadapan.
"Kelemahan pertama adalah RUU ini tidak menangani isu-isu berkaitan dengan parti yang bertukar gabungan selepas pilihan raya (coalition hopping).
"Langkah Sheraton berlaku akibat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang keluar daripada PH dan seterusnya membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan sokongan gabungan Muafakat Nasional oleh UMNO dan Pas.
"Kelemahan kedua adalah wakil rakyat yang dipecat parti tidak dimasukkan dalam sebab kekosongan kerusi.
"Dengan mengecualikan pemecatan daripada takfrifan lompat parti, undang-undang antilompat ini akan dilemahkan kerana ADR atau ADUN yang berpaling tadah melawan parti tidak akan meletakkan jawatan dan menunggu sehingga dipecat untuk mengekalkan kerusi di dalam Dewan," katanya.
Pihak BERSIH turut menekankan bahawa mekanisme terbaik untuk menangani gejala lompat parti ini adalah Undang-Undang Prosedur Pecat Wakil Rakyat (Recall Law) di mana wakil rakyat yang keluar parti atau menukar parti tidak secara automatik dikosongkan kerusi.
"Keputusan sama ada wakil rakyat tersebut perlu kekal atau tidak perlu diberikan kepada rakyat semula untuk menentukan melalui prosedur atau petisyen bagi memecat wakil rakyat tersebut.
"Undang-undang ini akan memperkasakan lagi kuasa rakyat dan memastikan rakyat sentiasa cakna dengan prestasi wakil rakyat mereka kerana asas-asas memecat wakil rakyat tidak hanya terhad kepada pertukaran parti sahaja.
"Walaupun adanya undang-undang antilompat parti (Recall Law atau Anti-Hopping Law) kami juga sedar bahawa undang-undang ini tidak akan berkesan sepenuhnya sekiranya pengundi masih menganggap wakil rakyat hanya pegawai kebajikan semata-mata kerana peranan sebenar wakil rakyat tidak diperkasakan untuk menggubal dasar dan polisi di Dewan.
"Dengan tanggapan sedemikian, pelompat parti akan menang dalam pilihan raya kecil selagi mereka lompat ke arah kerajaan dan mendapat lebih sumber naungan.
"Justeru, semua pihak termasuk Kerajaan, Pembangkang dan semua parti politik perlu dengan serius mempertimbangkan perubahan atau penambahbaikan struktural kepada sistem politik kita dengan melaksanakan pemberian peruntukan wakil rakyat (CDF) yang saksama kepada semua wakil rakyat, had peratusan wakil rakyat yang dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, larangan wakil rakyat persendirian memegang jawatan di dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), pemerkasaan dan kebebasan Parlimen dan DUN, serta reformasi Peguam Negara untuk menghentikan pendakwaan terpilih," jelas kenyataan itu lebih lanjut.
Katanya, semua pembaharuan dan penambahbaikan ini adalah amat mustahak untuk mengiringi RUU Antilompat Parti yang diluluskan supaya negara lebih stabil, progresif dan demokratik.
Astro Awani
Thu Jul 28 2022

BERSIH berkata kelulusan RUU ini menjadi batu penanda kepada kejayaan Memorandum Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) yang memperlihatkan perbincangan dan kerjasama secara profesional antara ahli politik.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.

RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.

RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M

Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.

DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.

RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.

DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.

RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.

RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.

RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.