KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 tahun 2021 akan diadakan selama 15 hari bermula 6 hingga 30 September ini.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan, mesyuarat kedua Dewan Rakyat bagi penggal keempat pula akan diadakan selama 32 hari bermula 25 Oktober hingga 16 Disember.
"Dengan pemakluman ini, Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 akan disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 September 2021 (Isnin), jam 10.00 pagi bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media yang lain, Azhar juga memaklumkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan satu mesyuarat khas sebelum tarikh mesyuarat akan datang telah ditetapkan mengikut Peraturan 1.1 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Beliau menjelaskan, Perdana Menteri memaklumkan bahawa bagi faedah-faedah orang ramai adalah mustahak untuk diadakan mesyuarat khas tersebut.
"Bagi tujuan tersebut, saya juga telah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk YAN Perdana Menteri mengadakan mesyuarat tersebut walaupun Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 masih berkuat kuasa" katanya.
Azhar memaklumkan, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin akan mengeluarkan Pemberitahuan Mesyuarat khas kepada semua Ahli Dewan Rakyat pada hari ini bagi memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari pada Isnin 26 Julai hingga Khamis, 29 Julai dan Isnin, 2 Ogos mulai pukul 10 pagi.
Beliau mengingatkan semua Ahli Parlimen agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen yang telah ditetapkan dengan mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang masa.
Astro Awani
Thu Jul 15 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan satu mesyuarat khas sebelum tarikh mesyuarat akan datang telah ditetapkan mengikut Peraturan 1.1 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. - Gambar fail

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.