PUTRAJAYA: Semua lepasan universiti bukan pendidikan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang telah ditemu duga pada 18 Sept hingga 9 Nov lepas boleh mula menyemak keputusan masing-masing melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bermula 5.30 petang ini, umum SPP.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPP memaklumkan seramai 6,315 calon telah berjaya dalam temu duga berkenaan dan layak dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG41 secara kontrak bagi mengisi sebahagian daripada keperluan PPP gred DG41 di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara.
SPP mengingatkan semua calon yang berjaya untuk mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan ke suruhanjaya itu dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tawaran, sebelum urusan penempatan dilaksanakan.
"Proses penempatan calon yang berjaya akan diuruskan oleh KPM," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu menasihatkan semua calon agar sentiasa merujuk portal e-Graduan KPM di https://egraduan.moe.gov.my/ dari semasa ke semasa bagi urusan kemaskini maklumat graduan serta penempatan.
SPP turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang berjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024

SPP memaklumkan seramai 6,315 calon telah berjaya dalam temu duga berkenaan dan layak dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG41 secara kontrak. -Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM
Seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik sepanjang tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan keputusan temu duga pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 dibuka petang ini - SPP
SPP mengingatkan semua calon yang berjaya untuk mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan ke suruhanjaya itu dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tawaran.

Jumlah pengambilan guru akan meningkat melebihi 5,000 - Radzi
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan jumlah pengambilan guru lebih daripada jumlah pengambilan sebelum ini bagi mengisi kekosongan sedia ada.

2,683 guru CoS 2020 dilantik semula selepas tempoh lantikan tamat Jun ini - Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, perkara tersebut telah mendapat persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) baru-baru ini.

SPP disaran khususkan satu peratus pengambilan guru secara 'one-off' kepada OKU
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) disaran memastikan sekurang-kurangnya satu peratus atau 187 orang daripada 18,702 pengambilan khas guru secara 'one-off'.

Hebahan pengambilan khas guru secara 'one-off' selewat-lewatnya petang esok - SPP
Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' atau sekali sahaja seperti diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5.30 petang Rabu.

Persekolahan digital, pendidikan digital untuk warga masa depan
Malaysia perlu gerak ke depan dan beralih daripada sistem pendidikan konvensional kepada pendidikan digital bagi menghadapi cabaran revolusi ekonomi dan industri yang dipacu ledakan teknologi digital.