KUALA LUMPUR: Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' atau sekali sahaja seperti diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5.30 petang esok.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), selaku Pihak Berkuasa Melantik, dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengambilan khas itu akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.
"Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung graduan pendidikan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, SPP menyarankan calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas tersebut.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan Kementerian Pendidikan akan membuat pengambilan khas guru secara 'one-off' membabitkan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara terutama Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021

Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' atau sekali sahaja seperti diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5.30 petang Rabu. - Gambar hiasan/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pengambilan khas tidak lama lagi untuk atasi masalah kekurangan guru di Sarawak
Pengambilan khas guru akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di sekolah rendah dan menengah di Sarawak.

Pengambilan khas atasi masalah kekurangan guru - Lim
KPM kekurangan kira-kira 19,431 orang guru berikutan beberapa faktor termasuk persaraan, kenaikan pangkat dan cuti belajar.

SPP disaran khususkan satu peratus pengambilan guru secara 'one-off' kepada OKU
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) disaran memastikan sekurang-kurangnya satu peratus atau 187 orang daripada 18,702 pengambilan khas guru secara 'one-off'.

Hebahan pengambilan khas guru secara 'one-off' selewat-lewatnya petang esok - SPP
Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' atau sekali sahaja seperti diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5.30 petang Rabu.