Inisiatif baharu Persekolahan Digital akan diperkenalkan untuk mendedahkan warga masa depan kepada ilmu yang sesuai pada zamannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden UMNO itu yang turut menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata Malaysia perlu bergerak ke depan dan beralih daripada sistem pendidikan konvensional kepada pendidikan digital bagi menghadapi cabaran revolusi ekonomi dan industri yang dipacu oleh ledakan teknologi digital.
Beliau berkata perisian interaktif digital bakal menjadi medium pembelajaran menarik dalam pendidikan moden dan juga media pembelajaran bestari.
"Modul baharu inilah yang sedang kita tawarkan kepada generasi Y dan Z," katanya ketika merasmikan secara serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini Selasa malam.
Ahmad Zahid berkata adalah wajar bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Majlis Penasihat Pendidikan Nasional memperhalusi pendidikan dan persekolahan digital itu yang akhirnya membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Pendidikan bagi permerkasaan dan kesinambungan Dasar Pendidikan Negara.
Beliau berkata antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah mengenai percambahan minda kreatif dan lateral anak-anak.
"Kita harus meraikan kecenderungan kepelbagaian ini dan bakat semula jadi yang ada pada mereka," katanya.
Menyentuh aspek ekonomi, Ahmad Zahid berkata ekonomi digital merupakan kuasa baharu dalam penjanaan ekonomi dunia melalui e-dagang.
"Kita mesti menerajui dunia digital ini bukan sekadar sebagai penonton dan pengikut tetapi kita juga harus menjadi pemain dan pemacu utama," katanya.
Beliau berkata keprihatinan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital merupakan manifestasi komitmen tahap tinggi kerajaan dalam menyediakan peluang perniagaan dalam talian.
"Inilah konsep dunia perdagangan baharu yang menjangkau masa depan. Rakyat di seluruh negara termasuk usahawan Melayu perlu merebut segala ruang dan peluang perniagaan baharu ini," katanya.
Ahmad Zahid berkata kerajaan juga akan memberi Iebih keutamaan kepada Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET).
"Industri bakat ini perlu diarusperdanakan bukan sekadar dari segi jumlah graduannya tetapi juga idea dan ciptaan kreatif yang mampu menerokai pasaran antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2017

Ahmad Zahid berkata ekonomi digital merupakan kuasa baharu dalam penjanaan ekonomi dunia melalui e-dagang. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Wang, jongkong emas disita SPRM tiada kaitan dengan dana politik UMNO - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan.

Hi-TVET diperkasakan, tumpu robotik, IoT, AI - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) terus diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada robotik, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta pengenalan kep

Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidilfitri
Mesyuarat NACCOL membincangkan peningkatan inflasi kos perubatan dan langkah-langkah untuk mengekang kenaikan premium Takaful Perubatan dan Kesihatan.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

FELCRA Bhd catat untung boleh agih akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta - Ahmad Zahid
FELCRA Bhd meraih keuntungan boleh agih bagi tempoh akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta menerusi Projek Peserta FELCRA, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan tegas tangani isu agama, pastikan keharmonian terpelihara - Ahmad Zahid
"Kita yakin Kerajaan MADANI berpegang kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

Warga MARA perlu jadi pemikir strategik bukan sekadar pentadbir - Ahmad Zahid
Ia bagi memastikan perjuangan Bumiputera kekal relevan dan berdaya saing.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.