Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat menitahkan supaya semua pusat tahfiz swasta di Pahang yang tidak berdaftar, untuk segera berbuat demikian.
Baginda yang juga Sultan Pahang bertitah pendaftaran itu kelak membolehkan kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), menyalurkan bantuan yang sewajarnya demi kebajikan pelajar.
"Pendaftaran membolehkan pihak berwajib melakukan kawal selia, terhadap pusat tahfiz swasta yang meliputi aspek keselamatan, kewangan, dan sistem pembelajaran supaya mengikuti arus perdana," titah baginda.
Sultan Abdullah bertitah demikian di Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Hafazan al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2019, di sini pada Jumaat, yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri Datin Seri Burhah Mohammed, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.
Sultan Abdullah pada ucapannya juga menitahkan supaya Abdul Rahman dan MUIP mengkaji penubuhan pusat rintis kajian hadis, bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai hadis.
"Pemahaman yang mendalam tentang selok belok hadis sahih perlu diadakan, supaya tidak ada pihak yang dapat memutar belit hadis sahih, yang dapat kita kumpulkan," titah baginda.
Sultan Abdullah juga menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan MTNP mengekalkan kedudukan antara yang teratas pada peperiksaan utama negara, selain menghantar ramai wakil ke pelbagai pertandingan dalam dan luar negara.
Selain itu, MTNP yang diwujudkan sejak 22 tahun lalu, kini mempunyai 737 alumni yang bukan hanya menghafaz al-Quran tetapi juga merupakan pakar dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan dan pegawai diplomatik.
"... dalam masa sama saya berharap, mereka yang sudah menghafal dan mendalami al-Quran, untuk tidak memandang rendah pada yang kurang ilmu, kerana adalah lebih murni jika didekati mereka ini," titah baginda.
Yayasan Pahang menerusi kenyataan media berkata majls itu meraikan 55 pelajar, yang menamatkan hafazan dan tujuh pelajar yang berjaya mengharumkan nama negara, dalam pelbagai bidang di luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019

Yang di-Pertuan Agong memimpin tangan Raja Permaisuri Agong ketika mencemar duli berangkat pada majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Hafazan Al-Quran Maahad Tahfiz Pahang, Kuantan, 21 Jun, 2019. -- fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sultan Pahang lawat keluarga wanita ditemukan meninggal dunia di Jambatan Tanjung Lumpur
Baginda turut kelihatan menenangkan Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, suami kepada mangsa, Allahyarham Norshamira Zainal, 37.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Apa itu Titah Adendum, dan apa yang dijangka berlaku?
Hari ini, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima Ijazah Kehormat MMU
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.

Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.

Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.

Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.

Al-Sultan Abdullah harap institusi pendidikan Islam di Pahang dapat diperkasa ke arus perdana
Sultan Pahang berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.