KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia (FLOM) dan menafikan bahawa satu bahagian telah diwujudkan khusus untuk beliau dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Rosmah, 69, berkata demikian ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari ketiga pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah terhadapnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata gelaran itu adalah untuk 'tujuan pentadbiran.'
Sri Ram: Adakah anda bersetuju bahawa Wanita Pertama Malaysia adalah gelaran yang anda gunakan untuk diri sendiri?
Rosmah: Tidak.
Sri Ram: Siapa berikan gelaran itu kepada anda?
Rosmah: Tiada siapa yang berikan gelaran itu kepada saya. Ia hanya untuk tujuan pentadbiran.
"Isteri-Isteri perdana menteri (sebelum ini) tidak begitu aktif dalam aktiviti kebajikan atau projek yang menonjol seperti Permata Negara. Mereka mungkin jarang diundang untuk menyampaikan ucaptama di luar negara. Jadi, ketika suami saya menjadi Perdana Menteri, kehidupan saya menjadi teramat-amat sibuk," kata Rosmah.
Sri Ram kemudian menyoal sama ada terdapat bahagian dalam PMO yang dikenali sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' dan Rosmah menjawab: "Saya tidak tahu."
"Itu bukan tugas saya. Saya tidak campur tangan dengan PMO," katanya.
Rosmah juga berkata, beliau tidak tahu sama ada Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, bekas Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pernah digelar sebagai Wanita Pertama Malaysia.
"Saya tidak tahu. Mungkin di luar (negara) beliau digelar begitu (Wanita Pertama Malaysia)," katanya.
Rosmah juga berkata beliau sedia mengorbankan dirinya dan berdepan serangan di media sosial bagi pihak suaminya ketika Najib menjadi Perdana Menteri kerana Najib berkata serangan itu sebenarnya ditujukan kepadanya namun beliau menjadi sasaran mudah di media sosial.
Pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantu khasnya, Rizal Mansor sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek hibrid solar itu secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 21 Okt depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata gelaran itu adalah untuk 'tujuan pentadbiran.' - Bernama
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.
Rosmah gagal dalam permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor hari gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1MDB terhadapnya.
Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.
Keputusan berhubung representasi Rosmah untuk gugurkan pertuduhan diketahui 6 Sept
Dua belas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta, manakala lima lagi berkaitan kegagalan isytihar pendapatan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.