Katanya, semua rakyat Malaysia perlu memainkan peranan mereka untuk membolehkan negara mencapai kemajuan.
‘’Kita perlu mempunyai sikap ingin menyumbang kepada kesejahteraan negara, rakyat dan kanak-kanak kerana itu sangat penting.
‘’Kanak-kanak adalah permata negara kerana mereka akan meneruskan selepas kita semua tiada. Oleh itu, kita perlu mempersiapkan mereka dan kehidupan tidak akan mudah selepas ini.
‘’Saya agak sibuk menyelesaikan masalah sendiri namun bersedia memberi sokongan serta kerjasama asalkan kanak-kanak di negara ini akan dibesarkan ke tahap yang lebih baik,’’ ujarnya.
Rosmah berkata demikian menerusi Sana Sini Podcast yang dihoskan Datuk Sivaraj Chandran dan Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian pada Jumaat malam.
Menerusi podcast yang berdurasi hampir satu jam, isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu turut berkongsi ceritanya membangunkan inisiatif Permata yang memfokuskan kepada golongan kanak-kanak.
Mengulas kritikan yang dihadapinya pada saat penubuhan Permata, Rosmah berkata, setiap individu sememangnya mempunyai hak untuk mengkritik sesuatu perkara namun sekurang-kurangnya sokongan juga perlu diberikan.
‘’Saya rasa mereka patut berhenti mengkritik dan sebaliknya berfikir secara positif.
‘’Jika anda rasa anda tidak dapat melakukannya, sekurang-kurangnya anda boleh memberi sokongan moral daripada hanya mengutuk.
‘’Bagi saya, kritikan tidak akan membantu masyarakat kita atau negara kita, berikan sesuatu yang membina.
‘’Mereka bebas untuk mengkritik, tetapi saya katakan, datanglah dan bekerjasama dengan saya jika ada masalah dan bincangkan dengan saya,’’ katanya.