KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mempersoal sumber sumbangan berjumlah RM7 juta kepada Yayasan Akalbudi (YAB) yang diterima daripada dua ahli perniagaan.
Ahmad Zahid, 69, berkata beliau bersangka baik apabila menerima sumbangan itu kerana ia diberikan kepada YAB bagi aktiviti keagamaan dan amal kebajikan, bukan untuk kepentingan dirinya.
"Saya mesti bersangka baik jika sumbangan itu diberikan kepada YAB kerana tentunya ia adalah untuk kerja-kerja kebajikan kerana YAB juga menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada orang bukan Islam, bukan hanya di Parlimen Bagan Datuk tetapi juga di beberapa tempat lain apabila ada masalah banjir," katanya.
Beliau berkata demikian semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong mengenai sumber sumbangan RM5 juta yang diterima daripada pemborong tekstil Junaith Asharab Md Shariff dan RM2 juta daripada tukang emas Mubarak Hussain Akhtar Husin.
"Individu terbabit bukan ahli kongsi gelap dan polis tidak menjalankan siasatan terhadap mereka. Ia membabitkan isu integriti, saya tidak boleh mempersoal niat mereka untuk membuat sumbangan itu dan sebarang sumbangan saya anggap derma kepada YAB," katanya.
Ahmad Zahid tidak bersetuju dengan cadangan Harris Ong bahawa beliau bebas melakukan apa sahaja dengan sumbangan yang diterima atas nama kebajikan.
Beliau berkata sumbangan itu digunakan mengikut garis panduan dan objektif penubuhan YAB bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan serta membantu golongan yang memerlukan.
Menyentuh pengeluaran dana YAB sebanyak RM17.9 juta bagi membantu anaknya Datuk Nurulhidayah mengambil alih saham Ri-Yaz Asset Sdn Bhd dan mengusahakan sebuah hotel butik di Bali, Indonesia, Ahmad Zahid berkata ia dilakukan bukan untuk kepentingan anaknya dan diri sendiri.
Harris Ong: Dana YAB adalah daripada penderma untuk kerja-kerja kebajikan kepada orang Islam dan bukan Islam namun pelaburan (Ri-Yaz) telah lari daripada objektif.
Bagaimanapun, beliau kemudian bersetuju dengan Harris Ong bahawa tiada arahan bertulis berhubung pengeluaran dana YAB sebanyak RM17.9 juta itu.
Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

Ahmad Zahid, 69, berkata beliau bersangka baik apabila menerima sumbangan itu kerana ia diberikan kepada YAB bagi aktiviti keagamaan dan amal kebajikan, bukan untuk kepentingan dirinya. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.