KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan 2021 berskala kecil yang berlangsung esok, akan dipantau secara berterusan bagi memastikan tahap keselamatan acara itu bersesuaian dan berwaspada dengan situasi pandemik COVID-19.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, sebuah jawatankuasa kerja yang dipengerusi beliau dan dianggotai pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), telah ditubuhkan bagi memantau pergerakan semasa sambutan tersebut.
"Jadi kita sentiasa berbincang tentang pendekatan dan norma baharu yang kita akan perkenalkan untuk menjamin keselamatan dan mengelakkan sebarang penularan virus COVID-19," katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini yang disiarkan di TV3 hari ini.
Menurutnya sepanjang sambutan yang berlangsung secara fizikal di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, pegawai daripada KKM dan MKN akan menjalankan tugas pemantauan dari segi pergerakan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Beliau berkata antara penekanan yang diberikan ialah individu yang terlibat dengan sambutan itu secara fizikal perlu lengkap suntikan vaksin, melaksanakan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka serta mengamalkan sanitasi berterusan.
"Setakat ini, di Lembah Klang, kita telah mencapai 90.3 peratus yang telah lengkap suntikan vaksin berbanding dengan seluruh negara 62.6 peratus," katanya merujuk kepada penekanan vaksinasi lengkap terhadap individu yang terlibat.
Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan Hari Kebangsaan 2021 itu, yang akan disiarkan menerusi program televisyen tempatan bermula 7.30 pagi, esok.
Terdahulu Mohammad berkata Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini sekali lagi disambut secara norma baharu dengan menampilkan kelainan melalui penggunaan teknologi komunikasi digital terkini, berkonsepkan 'Mix Reality' iaitu gabungan penerbitan secara fizikal, teknologi AR (Augmented Reality) dan XR (Extended Reality), yang berbentuk interaktif dan berteknologi tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Sepanjang sambutan yang berlangsung secara fizikal di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, pegawai daripada KKM dan MKN akan menjalankan tugas pemantauan dari segi pergerakan dan pematuhan SOP yang ditetapkan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.