Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman antara satu dan empat hari terhadap 14 lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Isnin minggu lalu.
Majistret Mohd Ikhwan Mohd Nasir mengeluarkan perintah reman tersebut hari ini, menurut laporan Bernama.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah) Kanun Keseksaan.
Mohd Ikhwan juga melanjutkan tempoh reman antara satu dan enam hari terhadap tiga suspek bagi membantu siasatan kes sama.
Kesemua suspek yang berusia antara 18 dan 40 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap berwarna ungu dan jingga.
BACA: Rusuhan kuil: Cakap senang, tapi polis ada SOP - KPN
BACA: Rusuhan kuil: Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga
BACA: Pasukan khas buru dalang rusuhan kuil - KPN
Pada Selasa, empat individu termasuk seorang pegawai keselamatan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City), yang didakwa terbabit dalam insiden itu, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya.
Sementara itu, dua lagi lelaki yang terlibat dalam insiden sama masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM5,000 atas tiga pertuduhan gagal mematuhi arahan bersurai, mengabaikan perintah polis yang menyelia lalu lintas di sekitar kawasan kuil dan gagal mengemukakan kad pengenalan diri.
Bernama melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, jumlah mereka yang ditahan berhubung insiden rusuhan itu meningkat kepada 99 orang setakat 9 pagi tadi.
Astro Awani
Wed Dec 05 2018

Sebahagian daripada individu yang dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk perintah reman berhubung kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lalu. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

12 penuntut universiti ditahan disyaki pukul pelajar bergilir-gilir
Polis menahan 12 penuntut sebuah universiti awam bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang dipukul secara bergilir-gilir hingga cedera.

Pendakwaan akan buktikan 13 remaja pukul pelajar kolej vokasional sebelum meninggal dunia
Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif berkata bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian adalah kecederaan dada dan tisu lembut disebabkan objek tumpul.

Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian
Lima lelaki dan seorang wanita berusia belasan tahun hingga 40 tahun ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Taman Sejati, Batu Anam di sini semalam.

Empat anggota polis direman, disyaki terlibat dalam kecurian barang kemas
Empat anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas milik seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di pakir sebuah kondominium di Setapak.

Bapa bebas tuduhan bunuh anak lelaki
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang bapa daripada pertuduhan membunuh anak lelakinya, tiga tahun lepas.

Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.

Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.

Masalah peribadi, hutang dipercayai punca pengawal keselamatan dibunuh
Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lepas.

Guna dokumen palsu: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara peguam dan suami
Mahkamah Rayuan di sini telah mengekalkan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan ke atas seorang peguam dan suaminya kerana menggunakan dokumen palsu untuk memindahkan harta pada 2013.

Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney
Muhammad Daniel Akmal, 21, dituduh menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, di sekolah berkenaan pada 28 Januari 2020.