Enam belas penghuni sebuah rumah sewa tinggal sehelai sepinggang selepas premis dua tingkat itu musnah dalam kebakaran di Kampung Padang Hiliran di sini, pada Ahad
Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Seorang mangsa, Mohd Takir Sulaiman berkata, dia bersama lima penyewa lain bertempiaran lari dari bilik masing-masing sebaik menyedari api marak di kediaman yang mempunyai 21 bilik itu.
Walaupun mengalami sejarah patah pada bahagian badan sejak dua bulan lalu, dia tetap berusaha menyelamatkan diri.
“Saya yang nampak asap. Selepas itu, saya panggil penyewa lain. Pada masa itu, api sudah terlalu marak dan saya cuma boleh minta semua keluar daripada rumah.
“Pada mulanya, saya ingin masuk kembali ke dalam rumah untuk menyelamatkan barangan berharga tetapi gagal kerana asap tebal dan pergerakan saya terbatas kerana kecederaan saya,” katanya.
Rakannya, Mohd Nazrul Mohd Yusof, mengalami kerugian hampir RM20,000 termasuk peralatan muzik dalam kebakaran itu.
“Semasa kebakaran, asap berkepul-kepul masuk ke dalam bilik saya. Saya ingin memadamkan api tetapi tidak boleh.
"Saya terjatuh dalam bilik air dan asapnya terlalu tebal. Bagaimanapun, saya sempat ambil barang yang saya ingin ambil dan satu alat muzik,” katanya yang merupakan seorang pemuzik.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Norshah Shahri berkata pihaknya dengan kekuatan 20 anggota dan empat jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.30 malam.
“Sekarang musim angin kuat, menjadikan api marak. Ia menyebabkan kami sukar untuk mengawal api tetapi kami dapat mengawal kebakaran dalam masa 25 minit,” jelasnya.
Beliau berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Astro Awani
Sun Nov 24 2019
Angin kuat menyebabkan api cepat marak dan usaha mengawal kebakaran sukar dilakukan pihak bomba. - Astro AWANI
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Polis, penyokong Imran Khan bertempur dalam protes di Islamabad
Dalam pertempuran dengan polis malam tadi, media tempatan melaporkan beberapa orang, termasuk adik perempuan Imran, ditahan.
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah
Dua mangsa iaitu wanita berusia 49 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan masing-masing pada muka dan tangan.
Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.
Bomba Portugal bertungkus-lumus padam kebakaran hutan
Anggota bomba daerah Nelas, Portugal bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampiri kawasan kediaman.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra
BBP Jitra terima panggilan kecemasan pada pukul 5.38 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.
44 rumah musnah terbakar di Penangah
Pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.
Bomba selamatkan 60 mangsa terperangkap kejadian kepala air di Tangkak
BBP Tangkak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan kesemua pekerja kilang itu pada 12.51 tengah hari.
Bomba selamatkan 38 mangsa terperangkap kejadian kepala air di Batang Kali
Kejadian melibatkan 38 mangsa terdiri daripada 10 lelaki dan 17 wanita, lapan kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan.
100 anggota bomba tangani kebakaran bumbung di Somerset House London
Kira-kira 100 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Somerset House yang bersejarah London.
Gas ammonia bocor, tiga lelaki berdepan detik cemas
Ketiga-tiga mereka membawa muatan 10 tong gas ammonia dari Tangga Batu, Melaka ke Kuala Sawah.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.