Kebakaran dilaporkan berlaku pada 11.52 pagi waktu tempatan di dewan resepsi kompleks Parlimen di Yeouido, yang turut menempatkan bilik media dan dewan perkahwinan.
Sekitar 480 orang termasuk wartawan dan tetamu majlis perkahwinan dipindahkan, menurut bomba.
Daripada jumlah itu, enam orang menerima rawatan kerana terhidu asap, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.
Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar 1 tengah hari dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.
-- BERNAMA