SEOUL: Parlimen Korea Selatan yang dikuasai pembangkang pada Khamis meluluskan usul menggesa pemecatan Perdana Menteri Han Duck Soo.
Sebanyak 175 undi menyokong, manakala 116 lagi menentang usul terbabit, lapor agensi berita Yonhap.
Parti Demokratik (DP) mengemukakan usul pemecatan kepada parlimen pada Isnin, menuduh perdana menteri tersebut tidak cekap sebagai ketua Kabinet dan menuntutnya bertanggungjawab terhadap dasar Presiden Yoon Suk Yeol.
Ini adalah kali pertama usul pemecatan terhadap perdana menteri diluluskan oleh Parlimen.
Yoon dijangka menolak usul berkenaan.
DP telah meluluskan dua usul pemecatan sejak pentadbiran Yoon - satu terhadap Menteri Luar Negeri Park Jin dan satu lagi terhadap Menteri Dalam Negeri Lee Sang Min. Kedua-duanya ditolak oleh presiden.
Parlimen juga meluluskan usul yang memohon persetujuan parlimen terhadap kemungkinan penahanan ketua pembangkang Lee Jae Myung, satu keputusan mengejutkan yang menunjukkan beberapa Ahli Parlimen tidak sehaluan dengan Lee.
Oleh itu, perbicaraan mahkamah akan diadakan untuk menentukan sama ada waran tangkap dikeluarkan ke atas Lee berhubung tuduhan rasuah berkaitan projek pembangunan tanah dan pemindahan tunai haram syarikat ke Korea Utara.
Namun, tidak jelas sama ada Lee akan hadir perbicaraan itu, memandangkan beliau, melancarkan mogok lapar sejak 31 Ogos sebagai protes terhadap pengendalian hal ehwal negara oleh Presiden Yoon dan dimasukkan ke hospital awal minggu ini kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot.
Lee telah merayu agar usul itu ditolak sehari sebelumnya.
Berdasarkan undang-undang, ahli parlimen yang sedang berkhidmat mempunyai kekebalan daripada ditahan semasa parlimen bersidang dan hanya boleh ditahan apabila Parlimen Kebangsaan memberi persetujuan.
Pejabat presiden bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai undian pada Khamis itu.
Pihak pendakwaan menuduh Lee melakukan pecah amanah bernilai 20 bilion won (AS$15.06 juta) dengan memberikan layanan istimewa kepada pemaju swasta dalam projek pangsapuri daerah Baekhyeon-dong di bandar Seongnam, selatan Seoul, antara tahun 2014 dan 2015, ketika beliau berkhidmat sebagai datuk bandar.
Lee juga disyaki meminta Ssangbangwool Group, pembuat pakaian dalam, untuk memindahkan US$8 juta secara haram ke Korea Utara antara tahun 2019 dan 2020, ketika beliau berkhidmat sebagai Gabenor Negeri Gyeonggi, melalui timbalannya untuk memudahkan lawatannya ke Utara dan mendorong projek ladang pintar antara negerinya dan Pyongyang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Suasana pengiraan undi di Parlimen Korea Selatan hari ini bagi meluluskan usul menggesa pemecatan Perdana Menteri Han Duck Soo. - Foto AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Parlimen Korea Selatan lulus usul pecat PM Han, tahan ketua pembangkang
Parlimen Korea Selatan yang dikuasai pembangkang pada Khamis meluluskan usul menggesa pemecatan Perdana Menteri Han Duck Soo.