KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal menggunakan model baharu untuk tujuan pembiayaan projek infrastruktur di masa akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, model pelaksanaan projek itu tidak lagi melibatkan komitmen kewangan kerajaan, sebaliknya menggunakan kaedah Request for Proposal (RFP).
Menurut Ismail Sabri, dana mudah cara khusus untuk projek infrastruktur akan diwujudkan di bawah model Perkongsian Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP) 3.0.
“Pelaksanaan projek-projek di bawah model baharu ini dijangka dapat diumumkan pada pertengahan tahun 2022.
“Jawatankuasa khas PPP yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara akan ditubuhkan bagi membolehkan perundingan projek PPP dapat diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu membentangkan Usul Mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, kerajaan menyedari kepentingan infrastruktur dan utiliti asas yang berkualiti dan berdaya harap seperti jalan raya, rel, bekalan air dan elektrik bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, ia juga penting bagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
“Rangkaian rel dan jalan raya bersepadu yang menghubungkan lapangan terbang dan pelabuhan dengan kawasan perindustrian, bandar dan luar bandar akan dipertingkat,” katanya lagi.
Kata Perdana Menteri, antara projek utama yang disenaraikan ialah:
• Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Satu yang menghubungkan Rawang ke Salak Selatan dijangka siap pada tahun 2022;
• Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru yang merupakan jajaran akhir landasan berkembar elektrik dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor dijadualkan siap pada tahun 2023;
• Pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan dan dijangka siap pada tahun 2026;
• Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dengan stesen Woodlands North di Singapura akan mula dibina pada hujung tahun 2021;
• Lebuhraya Pantai Barat yang melibatkan negeri Selangor dan Perak dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024;
• Projek Central Spine Road dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025; dan
• Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Firdaus Azil
Mon Sep 27 2021

Model pelaksanaan projek itu tidak lagi melibatkan komitmen kewangan Kerajaan, sebaliknya menggunakan kaedah Request for Proposal (RFP), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

RMK12: Projek yang lama lulus tetapi belum mula, akan dibatalkan - PM Anwar
Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan tetapi belum dapat dimulakan dalam tempoh masa yang munasabah.

RMK12: Hasil kerajaan pada 2023-2025 diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion
Hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion untuk baki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu dari 2023 hingga 2025.

Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.

1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi
Sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.

Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Kerajaan semak semula keutamaan projek pembangunan RMKe-12 bagi 2022 - Mustapa
Projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi 2022 akan dikaji semula pelaksanaannya selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF).

RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.

Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).