KUALA LUMPUR: Projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi 2022 akan dikaji semula pelaksanaannya selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam itu adalah berkaitan pelaksanaan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan untuk membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi.
Mustapa berkata beliau mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMKe-12 sebulan sekali untuk memastikan projek-projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan peruntukan yang disediakan dibelanjakan sepenuhnya.
"Pada hari ini, saya telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) yang perlu diambil selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan MOF," katanya.
Ia dihadiri wakil MOF, Kementerian Kerja Raya, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Kerja Raya.
Menurut Mustapa, mesyuarat hari ini antara lain telah memutuskan agar projek-projek yang dicadangkan dikaji semula pelaksanaannya melibatkan projek-projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan atau diiklankan; projek-projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat dan projek-projek baharu dan sedia ada yang menghadapi masalah pelaksanaan seperti isu tapak.
Sementara itu, projek-projek yang telah dikeluarkan iklan tender, surat niat dan surat setuju terima akan diteruskan bagi menyokong usaha kerajaan untuk merancakkan pemulihan ekonomi pasca COVID-19, katanya.
Sehubungan itu, Mustapa berkata sesi libat urus antara MOF, EPU dan ICU dengan semua kementerian akan diadakan minggu hadapan untuk memberi penjelasan mengenai cadangan semakan semula keutamaan pelaksanaan projek pembangunan pada tahun ini.
"Kerajaan akan memastikan langkah-langkah penjimatan yang dilaksanakan ini tidak menjejaskan usaha pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Menurutnya Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM mengambil maklum bahawa perbelanjaan bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding peruntukan berjumlah RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.
Sementara itu, beliau berkata garis panduan yang dikeluarkan MOF pada 14 Julai, 2022 antara lain menyatakan bahawa perbelanjaan mengurus (OE) mencapai sekurang-kurangnya 5.0 peratus penjimatan daripada baki peruntukan 2022.
Selain itu bagi DE, projek-projek yang belum dimulakan proses perolehan atau diiklankan dikaji semula keutamaannya, manakala projek-projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti handaklah ditangguhkan, kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022

Mustapa berkata, Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam itu adalah berkaitan pelaksanaan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan. - Gambar fail

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

RMK12: Projek yang lama lulus tetapi belum mula, akan dibatalkan - PM Anwar
Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan tetapi belum dapat dimulakan dalam tempoh masa yang munasabah.

RMK12: Hasil kerajaan pada 2023-2025 diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion
Hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion untuk baki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu dari 2023 hingga 2025.

Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.

1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi
Sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.

Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Kerajaan semak semula keutamaan projek pembangunan RMKe-12 bagi 2022 - Mustapa
Projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi 2022 akan dikaji semula pelaksanaannya selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF).

RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.

Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).