BAGAN DATUK: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Model Pengeluaran Getah Negara (Petara).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Petara, merupakan model hala tuju baharu RISDA dalam usaha memastikan sektor getah menuju kelestarian melalui Aspirasi Desa MADANI, yang diperkenalkan kerajaan.
"Ia bertujuan melakukan pengeluaran semula hasil getah, kita bincang untuk tambah pendapatan pekebun kecil getah melalui 257,000 hektar tanah, yang tidak digunakan atau tidak digunakan sepenuhnya kerana tidak cukup pekerja di seluruh negara," katanya selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi RISDA Manndzri Nasib.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata Melalui program itu RISDA akan mencari mekanisme baharu bagaimana penghasilan getah dapat dipertingkat termasuk mencari penyelesaian mencari tenaga kerja menggantikan pekebun yang kebanyakannya telah berusia.
Beliau berkata selain itu RISDA juga akan mengkaji alternatif produk tanaman lain, selain getah yang berpotensi menjana pendapatan kepada pekebun kecil getah.
"Melalui model ini (Petara) kita jangkakan hasil pulangan akan dapat dalam masa setahun sehingga tiga tahun, iaitu satu tempoh yang cepat bagi memastikan hasil kepada pekebun kecil getah," katanya.
Sementara itu dalam majlis sama Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial RISDA, kepada enam pusat pendidikan di Bagan Datuk berjumlah RM50,000.
Turut menerima sumbangan ialah 1,500 asnaf dari Parlimen Bagan Datuk.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan peruntukan bagi program pembangunan getah negara sebanyak RM57.169 juta kepada Ketua Pengarah Risda Datuk Abdullah Zainal pada Majlis Santunan Kasih Ramadan. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Ahmad Zahid cadang penilaian pihak ketiga untuk inisiatif KKDW
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata cadangan itu bagi memastikan setiap tindakan yang diambil KKDW benar-benar memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid
KKDW gariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini.

RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid
RISDA telah diminta untuk memperbanyak pusat pengumpulan getah di seluruh negara antara lain bagi menambah pendapatan pekebun kecil.

14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.

Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.

Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini
Prestasi itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini apabila semuanya berjaya merekodkan hasil positif pada tahun ini.

KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.

Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.