KOTA BHARU: Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melaporkan sebanyak RM33 juta bil air gagal dibayar oleh penduduk negeri itu setakat Februari lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor berkata tunggakan itu membabitkan seramai 271,876 pengguna akaun AKSB.
"Justeru, saya memohon kepada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turun padang agar memaklumkan perkara ini kepada rakyat untuk membayar bil air. Dari situ (bayaran bil) kita boleh membayar hutang AKSB kepada pihak berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) pada Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Terdahulu, Rohani ingin tahu mengenai sejauh mana pelaksanaan program penukaran paip simen asbestos (AC) sepanjang 4,006 kilometer (KM) yang berusia melebihi 35 tahun melibatkan kos RM1.3 bilion bermula 2018 hingga 2030.
Mengulas mengenai projek berkenaan, Azami berkata sebanyak 241.42 KM paip telah disiapkan bagi jajahan Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat menerusi program pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada 2018.
"Bagi 2019 pula kita telah menyiapkan 225 KM pemasangan paip baharu yang membabitkan empat jajahan iaitu Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.
"Kesemua proses penukaran paip ini perlu dibayar semula memandangkan ia pinjaman dan salah satu punca hasil AKSB (untuk bayar balik) adalah menerusi pembayaran daripada pemegang akaun AKSB yang membayar semula bil air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Tunggakan itu membabitkan seramai 271,876 pengguna akaun AKSB. - Gambar hiasan
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas
Prolintas menegaskan tuntutan RM100 juta lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan DASH sebagai tidak berasas.
Lebih 20 subkontraktor Lebuhraya DASH tuntut tunggakan RM100 juta dari Prolintas
Menurut Tetuan Thomas Philip, walaupun lebuh raya itu telah dibuka kepada orang ramai, banyak subkontraktor masih tidak dibayar atas kerja mereka.
Kelantan United tidak culas bayar gaji pemain
Usaha itu memperlihatkan komitmen pengurusan kelab dalam menyelesaikan masalah tersebut.
RM33 juta tunggakan bil air AKSB masih belum dijelaskan - Exco
Tunggakan itu membabitkan seramai 271,876 pengguna akaun AKSB.
Fauzi beri KAFA 30 hari selesai tuntutan gaji
Dia menggesa tuntutan penuhnya diselesaikan KAFA dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pahang, Melaka diberi lesen kelab kebangsaan bersyarat
Tiga daripada lapan pasukan Liga Premier 2020 telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Premier atau Super musim depan, jika layak.
Ada penaja, KFA bayar lagi RM1.26 juta gaji pemain minggu ini - Sanusi
Jumlah bayaran itu adalah termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Tonggak Piala Presiden bantu Kelantan benam UKM
Anak buah Yusri Che Lah itu tampil lebih menyerlah dalam babak kedua yang menyaksikan empat gol lagi terhasil.
Bekalan elektrik tidak akan dipotong sehingga 30 Sept - TNB
Pengguna tidak perlu risau kerana bekalan elektrik tidak akan dipotong sekiranya mereka menghadapi kesukaran kewangan kerana pelaksanaan PKP.
Dominic, Norshahrul setuju potong gaji, kekal beraksi di Thailand
Dominic dan Norshahrul bersetuju untuk gaji dipotong kerana apa yang lebih penting adalah kontrak tetap disambung ketika pandemik COVID-19 belum reda.