Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersetuju untuk menghentikan aktiviti pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 Sept ini bagi pengguna dengan bil elektrik tertunggak, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Justeru, beliau berkata pengguna tidak perlu risau kerana bekalan elektrik tidak akan dipotong sekiranya mereka menghadapi kesukaran kewangan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lepas susulan penularan COVID-19.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung isu bil elektrik di sini, hari ini. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) Razib Dawood.
Ditanya sebab pembaca meter TNB tidak bertugas semasa PKP yang menyebabkan berlaku peningkatan bacaan, Shamsul berkata TNB tidak membenarkan mereka keluar membuat bacaan meter selepas mendapat pandangan pelbagai pihak terutama Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Keputusan itu atas nasihat MKN mengambil kira kepentingan pelbagai pihak," katanya.
BACA: K'jaan laksanakan pendekatan terbaik urus sektor tenaga - Shamsul Anuar
Sementara itu, Amir Hamzah berkata, TNB mengikut saranan kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19.
Beliau berkata, TNB hanya fokus kepada perkhidmatan penting yang ada bagi memastikan bekalan elektrik tidak terganggu semasa PKP kerana pengguna sentiasa berada di rumah.
BACA: Bekalan elektrik percuma tiga bulan untuk 4 juta pengguna domestik
TNB mempunyai sistem untuk mengira bacaan apabila bil terlambat dan tatacara pengiraan adalah teratur yang juga diluluskan ST.
Para pembaca meter TNB telah memulakan tugas sejak 15 Mei selepas status perkembangan COVID-19 di negara berubah dengan kes harian berkurangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020
Amir Hamzah berkata, TNB hanya fokus kepada perkhidmatan penting yang ada bagi memastikan bekalan elektrik tidak terganggu semasa PKP kerana pengguna sentiasa berada di rumah. - Gambar fail
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Kerajaan bersetuju laksana VOP
Ia bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel.
Kampung Angkat Madani: RM86.3 juta dikeluarkan bagi 35 kampung terpilih
Setakat 10 Julai, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan peruntukan RM86.3 juta kepada kementerian dan agensi terlibat, meliputi 35 buah kampung.
GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah
Kerajaan mengulangi bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dengan pengurusannya tidak akan diambil alih oleh warga asing.
Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II
Kerajaan bersetuju membenarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengeluarkan e-Invois yang disatukan iaitu yang menggabungkan semua urus niaga jualan setiap bulan.
Langkah rasionalisasi subsidi diesel berjaya bendung aktiviti penyeludupan
Dalam masa kurang daripada sebulan, langkah berani kerajaan merasionalisasikan subsidi diesel mula menunjukkan hasil, terutamanya dalam membendung penyeludupan.
BUDI Individu: Permohonan 115,000 pemilik kenderaan diesel diluluskan
Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan bantuan tunai BUDI Individu kepada sejumlah 115,000 daripada 300,000 pemilik kenderaan diesel individu yang layak, setakat semalam.
Tanda awal penyasaran subsidi diesel positif, berkesan kurangkan ketirisan - Amir Hamzah
Tanda awal pendekatan penyasaran semula subsidi diesel baru-baru ini menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan ketirisan.
Impak rasionalisasi subsidi diesel memberangsangkan, seperti dirancang - Amir Hamzah
Beliau berkata perkara ini berikutan trend peningkatan jualan diesel komersial yang menggambarkan tanda positif bahawa ketirisan diesel bersubsidi, telah berkurang.
Kerajaan yakin capai sasaran KDNK, inflasi tahun ini - Amir Hamzah
Kerajaan yakin ekonomi negara masih tetap mencapai unjuran rasmi kadar inflasi dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini walaupun dengan pelaksanaan penyasaran semula sub