JOHOR BAHRU: Perasaan rindu untuk kembali ke sekolah dan menjalani pembelajaran secara bersemuka seperti biasa menjadi pendorong buat pelajar Sekolah Menengah Taman Molek di sini untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19.
Tinjauan di sekolah berkenaan hari ini mendapati seramai 916 pelajar membabitkan pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan pelajar peralihan tiba seawal 7 pagi di perkarangan sekolah untuk mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech.
Kesemua mereka yang kelihatan gembira dan bersemangat juga mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dengan hadir bersama ibu bapa atau penjaga, membawa kad pengenalan diri, borang persetujuan suntikan vaksin, memeriksa suhu badan serta menggunakan pensanitasi tangan.
Pasangan kembar berusia 14 tahun, Azeem Ali Abu Hanifa dan Aseef Ali Abu Hanifa berkata mereka teruja untuk mendapatkan suntikan vaksin supaya dapat kembali belajar seperti sediakala.
"Saya rasa berdebar pada mulanya tapi selepas vaksin rasa OK sahaja, tak sakit. Apabila sudah divaksin rasa yakin sikit untuk pergi sekolah dan ke mana-mana sebab kita dah ambil langkah awal perlindungan," kata Azeem Ali kepada pemberita di sini hari ini.
Turut berkongsi perasaan gembira, Koay Xiang Yu, 14, yang tidak sabar untuk memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka kerana menyifatkan pembelajaran dalam talian agak menyukarkannya untuk fokus.
"Belajar dalam talian tidak sama dengan belajar secara bersemuka. Kita sukar untuk beri tumpuan, adakalanya Internet perlahan menyebabkan apa yang cikgu ajar jadi tersangkut-sangkut.
"Bila dah divaksin kita boleh pergi sekolah macam biasa. Belajar bersemuka lebih faham dan mudah," kata pelajar tingkatan dua itu yang hadir ke sekolah seawal 8 pagi dengan ditemani datuknya.
Sementara itu, ibu kepada empat anak, Suraya Rahim, 42, berkata meskipun vaksin bukanlah jaminan untuk tidak dijangkiti COVID-19 namun sebagai ibu, dia tetap mengambil langkah perlindungan untuk anak-anaknya.
"Alhamdulillah, anak-anak saya daripada yang pertama sehingga ketiga semua sudah vaksin. Saya rasa dengan vaksin ia boleh bantu kita... bukanlah 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya kita ada perlindungan, jadi lebih selamat untuk anak-anak saya," katanya yang merupakan seorang guru.
Senada dengan Suraya, seorang bapa, Abu Hanifa Mohd Ali, 52, pula menyifatkan vaksin sebagai keperluan bagi melindungi anak-anak di sekolah.
"Pelajar memang perlu ambil vaksin... itu yang saya tekankan sebab kita mahu anak kita dilindungi bukan sahaja di sekolah malah di tempat awam... ini ikhtiar kita sebagai ibu bapa. Anak kembar saya ni pada mulanya mereka takut tapi lepas saya beri nasihat, galakan dan gurauan untuk elakkan perasaan gemuruh, mereka jadi lebih bersedia," kata ahli perniagaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021

Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Taman Molek menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di sekolah tersebut hari ini. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

8,909 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Secara keseluruhan, sejumlah 93,635 permohonan ke tingkatan 1 dan 4 diterima bagi sesi 2025.

Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.

Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia
Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara.

KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030
Politeknik penting kerana ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

2.3 juta murid, pelajar lepasan menengah sudah tebus Baucar Buku MADANI
Sejumlah 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI bernilai RM190 juta setakat 8 Nov lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.

KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.

Parlimen: RM290 juta diperuntuk bagi Program Baucer Buku MADANI
Sebanyak RM290 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Baucar Buku MADANI yang dijangka memanfaatkan lebih 3.5 juta pelajar.