Daripada jumlah itu, 7,229 tempat disediakan bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 manakala sebanyak 1,680 tempat disediakan bagi kemasukan ke Tingkatan 4.
MARA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu 60 peratus penawaran adalah kepada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan juga diberi kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.
Secara keseluruhan, sejumlah 93,635 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 diterima bagi sesi 2025.
Semakan tawaran boleh dibuat hari ini bermula jam 12 tengah hari secara dalam talian atau makluman akan dihantar kepada pemohon melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Pemohon dinasihatkan membuat pengesahan penerimaan kemasukan dalam tempoh tujuh hari , dan mereka yang gagal berbuat demikian dianggap menolak tawaran.