Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menjadi mangsa rogol tiga lelaki selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat, Ahad lalu.
Kejadian jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berkenalan dengan seorang daripada suspek dibawa ke sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang.
Pada awalnya, mangsa bersetuju untuk bertemu suspek selepas seminggu perkenalan dengan alasan untuk lepak di Ipoh.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa bagaimanapun dibawa ke kediaman itu sebelum ditarik masuk ke bilik.
"Suspek memaksa pengadu membuka baju dan mengugut untuk tidak menghantar mangsa pulang sekiranya tidak menurut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dirogol dua lagi lelaki yang merupakan rakan suspek di bilik sama secara bergilir.
Katanya, ketika kejadian berlaku, mangsa tidak menjerit atau melawan kerana diugut tidak akan dihantar pulang.
"Mangsa akhirnya dihantar di bawah sebuah jambatan berhampiran kawasan Titi Gantung sebelum dijemput rakannya pulang," katanya.
Mohamad Zainal berkata, polis yang menerima laporan daripada mangsa semalam telah menahan tiga lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an di sekitar Seri Iskandar, petang tadi.
Menurutnya, kesemua mereka akan direman esok bagi siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan," katanya.
Sinar Harian
Thu Jul 05 2018
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menjadi mangsa rogol tiga lelaki selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat, Ahad lalu. -Gambar hiasan
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Pesawat penyembur racun terhempas di Felcra Jejawi
Seorang juruterbang berdepan detik cemas apabila pesawat ringan muatan racun yang dipandunya terhempas di kawasan Felcra Berhad Jejawi.
Polis tahan dua rakan suspek kes samun bersenjata di Kampung Gajah
Polis menahan dua sahabat yang disyaki menyamun dengan menggunakan senjata di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nibong, Kampung Gajah di sini petang Rabu.
Padah intai isteri jiran sedang mandi
Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas didapati berkelakuan mengaibkan, mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati.
Remaja dirogol 3 lelaki selepas perkenalan di WeChat
Kejadian jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berkenalan dengan seorang daripada suspek dibawa ke sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang.