Polis menahan dua sahabat yang disyaki menyamun dengan menggunakan senjata di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nibong, Kampung Gajah di sini petang tadi, tidak sampai 12 jam selepas menerima laporan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata kedua-dua suspek lelaki berumur 31 tahun dan 27 tahun itu ditahan pada kira-kira pukul 2.25 petang di sebuah rumah di Kampung Tersusun Balun Bidai, Kampung Gajah.
Beliau berkata kejadian samun berlaku pada kira-kira pukul 4.15 pagi di rumah seorang tukang masak berumur 47 tahun, apabila seorang lelaki tidak berbaju masuk ke rumah itu melalui tingkap dapur, lalu mengacukan pisau ke arah mangsa dan meminta wang serta telefon bimbit.
"Mangsa yang takut menyerahkan wang RM130 dan sebuah telefon jenis Lenovo kepada suspek yang kemudian melarikan diri ke dalam semak bersama seorang rakan di luar rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Katanya siasatan mendapati suspek berumur 31 tahun mengaku duit hasil samun digunakan untuk membeli dadah jenis Syabu, manakala rakannya mengaku berperanan menghantar suspek ke rumah berkenaan.
Menurut Mohamad Zainal ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau bersabit dadah itu, positif dadah jenis methaphatemine dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan bersenjata dan cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2019

Polis berkata kedua-dua suspek lelaki berumur 31 tahun dan 27 tahun itu ditahan pada kira-kira pukul 2.25 petang di sebuah rumah.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dua sahabat terlepas tali gantung, dipenjara 12 tahun, 10 sebatan miliki dadah
Pada Januari 2021, dua sahabat ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar 626.55 gram methamphetamine.

Dua sahabat melecur kereta hangus terbakar
Dua sahabat nyaris maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terbakar di Jalan Kampung Sungai Putat dekat Pendang, pada Rabu.

2 sahabat terlepas hukuman gantung sampai mati
Hakim membuat keputusan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan mereka terbabit menyebabkan kematian Thomas Ooi Choon Chai, 37.

Dua lelaki ditahan miliki senapang angin buatan sendiri
Superintendan Baharudin Abdullah berkata, tangkapan dua suspek berkenaan dilakukan kira-kira 4.20 petang, Rabu lalu.

Edar dadah: Dua sahabat bakal ke tali gantung
Kedua-dua sahabat itu hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Dua sahabat ditahan selepas baru ambil dadah untuk dijual
Kedua-dua mereka yang juga tokan dadah ditahan bersama sejumlah barangan larangan itu ketika cuba melintasi sekatan jalan.

Polis tahan dua rakan suspek kes samun bersenjata di Kampung Gajah
Polis menahan dua sahabat yang disyaki menyamun dengan menggunakan senjata di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nibong, Kampung Gajah di sini petang Rabu.

Dua sahabat mengaku tidak bersalah miliki 'MC' palsu
Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Ayer Keroh, di sini atas pertuduhan memiliki sijil cuti sakit klinik kesihatan palsu.