Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas didapati berkelakuan mengaibkan, mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati, Tanjung Belanja, semalam.
Kejadian jam 6.30 pagi itu disedari sendiri wanita berusia 43 tahun terbabit yang terlihat kelibat suspek mengintai di sebalik tingkap bilik mandi.
Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada laporan diterima, suspek berusia 31 tahun tinggal bersama keluarga mentuanya dan merupakan jiran mangsa sejak 19 tahun lalu.
Menurutnya, mangsa telah lama mengesyaki suspek menjalankan aktiviti mengintai, namun tidak mempunyai bukti sehingga tertangkap.
"Siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada besi aluminium tingkap bilik mandi mangsa.
"Suspek ditahan pada hari sama sekitar jam 10.15 pagi di hadapan rumahnya," katanya.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing, suspek disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki dua rekod jenayah lampau.
Sinar Harian
Thu Jul 05 2018

Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati, Tanjung Belanja, semalam. -Gambar hiasan

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor
Hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas.

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

Hampir separuh rakyat Malaysia intai teman baharu dikenali di akaun media sosial - Kaspersky
Hampir separuh daripada rakyat Malaysia pernah merasai pengalaman melibatkan sebarang bentuk perbuatan 'pengintaian' digital.

Polis buru lelaki intai guru wanita di tandas
Polis Shah Alam menerima laporan daripada mangsa yang berusia 32 tahun, pada hari yang sama.

Intai, hendap perlu diklasifikasi sebagai jenayah - Pakar
Pakar undang-undang mengalu-alukan syor NGO supaya menjadikan perbuatan mengintip dan menghendap sebagai kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan.

Mangsa intai ketika mandi sebar gambar suspek di Facebook
Seorang wanita berang apabila rumahnya bukan sahaja dipecah masuk oleh seorang lelaki tetapi mendakwa dirinya turut diintai ketika sedang mandi.

Padah intai isteri jiran sedang mandi
Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas didapati berkelakuan mengaibkan, mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati.

Pelajar lelaki intai gadis sambil onani ditahan polis, rakaman CCTV tersebar
Aksinya melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam keadaan berbogel, telah dirakam CCTV yang dipasang di rumah mangsa.