PENAMPANG: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan membolehkan siasatan lebih lanjut dapat dilakukan bagi mengetahui hal sebenar yang berlaku dalam isu berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara.
"Isu kedaulatan tidak boleh diputuskan oleh seorang saja, tidak boleh silap mengenai kedaulatan...apa yang berlaku dalam soal tuntutan Sulu di Sabah adalah sesuatu kita kena belajar .
"Kedaulatan adalah berkaitan sempadan, pulau, ia berkaitan banyak perkara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 'Justice On Wheels' di Dewan Gawir, Kampung Madsiang, di sini hari ini.
Katanya, RCI juga akan membantu kerajaan untuk mencari proses dan prosedur serta menentukan agensi mana yang bertanggungjawab dalam perkara melibatkan kedaulatan negara.
Beliau berkata walaupun Pasukan Petugas Khas telah mempunyai keputusan berhubung perkara itu namun ia masih di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan belum didedahkan kepada umum.
Azalina berkata RCI ini lebih terbuka dan rakyat perlu memahami geopolitik negara dan apa yang berlaku dengan kes Batu Puteh ketika dikendalikan oleh kerajaan sebelum ini tidak boleh berlaku ke atas pulau-pulau lain di bawah kawalan negeri atau persekutuan.
Justeru, katanya, kementeriannya akan membentangkan Akta Imuniti Negara pada persidangan Parlimen akan datang bagi memastikan negara mempunyai perlindungan daripada sebarang ancaman terhadap kedaulatan negara.
Semalam, mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan bersetuju menubuhkan RCI bagi mengkaji pengendalian perkara kes berkaitan kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan.
Setiausaha Jemaah Menteri, yang juga Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata penubuhan RCI itu dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang mana cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
![RCI Batu Puteh bolehkan siasatan lanjut - Azalina RCI Batu Puteh bolehkan siasatan lanjut - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696485210_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara. - Foto BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710926827_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
![Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja urusan dalaman Malaysia - MFA Singapura Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja urusan dalaman Malaysia - MFA Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678709682_PulauBatuPuteh.jpg)
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja urusan dalaman Malaysia - MFA Singapura
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) penubuhan RCI itu "adalah urusan dalaman Malaysia".
![RCI Batu Puteh bolehkan siasatan lanjut - Azalina RCI Batu Puteh bolehkan siasatan lanjut - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696485210_AzalinaOthmanSaid.jpg)
RCI Batu Puteh bolehkan siasatan lanjut - Azalina
Azalina berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara.
![Jemaah Menteri setuju tubuh RCI kaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan Jemaah Menteri setuju tubuh RCI kaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700044215_PulauBatuPuteh.jpg)
Jemaah Menteri setuju tubuh RCI kaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan,
![Senarai nama jawatankuasa RCI siasat buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong - Zahid Senarai nama jawatankuasa RCI siasat buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694329811_TBzahidhamidi.jpg)
Senarai nama jawatankuasa RCI siasat buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong - Zahid
Ahmad Zahid berkata, butiran senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
![Rasuah pekerja asing: LLRC gesa kerajaan tubuh RCI Rasuah pekerja asing: LLRC gesa kerajaan tubuh RCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682843939_TBrasuah.jpg)
Rasuah pekerja asing: LLRC gesa kerajaan tubuh RCI
Siasatan perlu dilakukan terhadap syarikat yang terlibat dalam sistem pengurusan, penyedia perkhidmatan dan agensi pengambilan pekerja asing.
![Pengumuman agihan dividen TH tahun ini dijangka lewat - Menteri Agama Pengumuman agihan dividen TH tahun ini dijangka lewat - Menteri Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680589793_NaimMokhtar.jpg)
Pengumuman agihan dividen TH tahun ini dijangka lewat - Menteri Agama
Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2022 dijangka sedikit lewat berbanding tahun lepas.
![Agihan keuntungan Tabung Haji 2022 diumum awal suku kedua tahun ini Agihan keuntungan Tabung Haji 2022 diumum awal suku kedua tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669914605_TabungHaji.jpg)
Agihan keuntungan Tabung Haji 2022 diumum awal suku kedua tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.
![Jemaah Menteri setuju RCI ditubuh siasat buku Tommy Thomas Jemaah Menteri setuju RCI ditubuh siasat buku Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666709654_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Jemaah Menteri setuju RCI ditubuh siasat buku Tommy Thomas
RCI bertujuan untuk mencari kebenaran, kemuka syor kepada reformasi institusi perundangan dan bukan untuk cari kesalahan mana-mana pihak.
![Skandal LCS: Cadangan tubuh RCI telah dibawa ke Kabinet - Hishammuddin Skandal LCS: Cadangan tubuh RCI telah dibawa ke Kabinet - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655497446_TBHishamudin.jpg)
Skandal LCS: Cadangan tubuh RCI telah dibawa ke Kabinet - Hishammuddin
Cadangan untuk menubuhkan RCI berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) telah dikemukakan ke mesyuarat Kabinet hari ini.