KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memerlukan kerjasama daripada pemilik bangunan dan badan pengurusan bersama (JMB) untuk membenarkan pemasangan solusi liputan dalam bangunan (in-building coverage), Dewan Negara diberitahu.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata masih terdapat beberapa kawasan di ibu negara yang menghadapi masalah rangkaian telefon bimbit tidak jelas atau kurang memuaskan.
"Keadaan ini boleh disebabkan oleh faktor seperti kesesakan rangkaian di sesuatu tempat pada satu-satu masa dan penerimaan liputan yang kurang memuaskan disebabkan oleh halangan seperti bangunan tinggi," katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator C. Sivaraj yang ingin tahu langkah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyelesaikan aduan pengguna terhadap masalah rangkaian telefon bimbit tidak jelas dan kurang memuaskan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.
Beliau berkata MCMC menerima sebanyak 23,355 aduan setakat 16 Nov lepas dan 4.5 peratus (1,058) adalah di Kuala Lumpur.
"Daripada keseluruhan jumlah aduan rangkaian tersebut, sebanyak 96 peratus aduan telah diselesaikan melalui tindakan oleh pemberi perkhidmatan di peringkat pertama.
"Seterusnya bagi pertikaian aduan berkaitan rangkaian akan dipanjangkan kepada pejabat-pejabat negeri MCMC untuk tindakan susulan dan penyelesaian sewajarnya," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata keputusan mengurangkan atau mengecualikan caj tambahan kepada pengguna yang ingin menaik taraf rangkaian kepada 5G merupakan isu komersial dan MCMC sentiasa memantau dari segi dasar.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Sivaraj yang ingin tahu pendirian kerajaan dan perkembangan berhubung caj tambahan itu.
"Saya difahamkan ada beberapa syarikat telekomunikasi (telco) seperti CelcomDigi yang telah menerima cadangan (kerajaan) untuk mengurangkan, menyahkan atau menyifarkan caj naik taraf ke 5G.
"Pada Khamis lepas (CelcomDigi) telah mengumumkan beberapa pakej baharu yang tiada caj tambahan berkenaan, kita ambil maklum dan ambil baik keputusan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Fahmi berkata masih terdapat beberapa kawasan di ibu negara yang menghadapi masalah rangkaian telefon bimbit tidak jelas atau kurang memuaskan. - Gambar/ Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.