Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, terasa hati dengan tindakan individu tertentu dari negara ini berjumpa dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 2013.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.
"Rakyat Sabah tentu tersentuh hati jika ada sesiapa tidak hormati pengorbanan anggota keselamatan ini... mereka hilang nyawa dengan cara zalim.
"Apatah lagi kalau mereka lihat ada orang yang berbaik-baik dan kelihatan mesra dengan mereka yang mempunyai kaitan menyebabkan anggota keselamatan kita terkorban," katanya ketika berucap di majlis Rela bersama Perdana Menteri di Dataran Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Pengarah Rela Datuk Kamariah Mohd Noah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Saffian Ismail.
Walaupun tidak menyebut nama individu terbabit, kenyataan Najib itu dipercayai merujuk kepada tindakan Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, berhubung pertemuan kontroversinya dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Berikutan itu, sidang Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul menghalang beliau dan seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki Sabah.
Sementara itu, Najib berkata kestabilan politik yang jitu merupakan asas utama kepada keselamatan negara ketika berhadapan dengan ancaman keselamatan baharu dan lama ketika ini.
"Jika politik dalam keadaan tidak stabil, negara akan bergolak, sama seperti apa yang sedang berlaku di sesetengah negara seperti Syria, Tunisia, Mali dan negara Eropah.
"Jika politik dalam keadaan stabil, soal ancaman keselamatan akan lebih mudah ditangani," katanya.
Perdana menteri berkata hakikat pada masa kini, ancaman keselamatan boleh datang dari pelbagai sudut dan penjuru, serta akan muncul dari semasa ke semasa.
Ini, katanya, termasuk ancaman pemerdagangan manusia, kehadiran pelarian serta penyebaran fahaman keganasan menerusi kumpulan pengganas Daesh. 'Daesh' adalah singkatan nama dalam bahasa Arab bagi militan IS.
Najib berkata ini memerlukan perhatian serius semua pihak lebih-lebih lagi apabila 130 rakyat Malaysia ditahan kerana terlibat dengan kegiatan itu.
"Ini bentuk ancaman yang kita perlu tingkat kesiapsiagaan bukan sahaja pasukan hadapan tetapi juga Rela dan 29 juta rakyat Malaysia untuk mendepani apa jua ancaman keselamatan yang mendatang," katanya.
Sementara itu, Najib berkata anggota Rela yang berjumlah tiga juta orang di seluruh negara bukan sahaja perlu menjadi mata dan telinga kerajaan, tetapi juga tangan kerajaan untuk menjadi benteng mempertahankan keselamatan negara.
Kata beliau, jika polis dan tentera menjadi barisan utama pertahanan negara, Rela pula adalah barisan kedua dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara.
"Terima kasih atas daya usaha untuk terus bangunkan Rela sebagai satu kekuatan tambahan dalam sistem pertahanan negara," katanya.
Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 10,000 anggota Rela dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu, Najib turut menyampaikan sumbangan pakaian operasi digital kepada pasukan Rela daerah Pekan.
Bernama
Sun Nov 29 2015

Warga Rela memperagakan kain rentang "I Love PM" menyokong penuh kepimpinan Najib pada majlis 'Perdana Menteri bersama Warga RELA' hari ini. - fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kes saman Nurul Izzah terhadap Ismail Sabri mungkin selesai secara baik
Sivarasa berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak, namun ditangguhkan.

Bicara penuh bagi kes saman Nurul Izzah terhadap KPN, Ismail Sabri
Mahkamah berpandangan bahawa saman itu patut dibenarkan untuk menjalani perbicaraan penuh, dan menetapkan 8 Mei, 2017, bagi perbicaraan.

Usul rujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan secara peribadi - Azalina
Usul tersebut telah dibahas dan diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis lepas dan Nurul Izzah sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membuat penjelasan.

Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak sebab tidak patriotik, tidak sensitif
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak berkata Nurul Izzah perlu lebih tahu sikapnya itu melukakan penduduk Sarawak dan Sabah.

Rakyat Sabah terasa hati ada pihak jumpa dalang serangan Lahad Datu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.

Nurul Izzah sedia beri penjelasan kepada Jawatankuasa Parlimen
Nurul Izzah nyatakan kesediaan beri penjelasan berhubung pertemuan dengan Jacel H. Kiram baru-baru ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Nurul Izzah saman KPN dan Menteri KKLW
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memfailkan saman Ketua Polis Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana menuduhnya sebagai pengkhianat negara.

Demonstrasi gabungan NGO tidak mahu Nurul Izzah, Tian Chua ke Sabah
Kecaman itu berikutan tindakan Nurul berjumpa dengan Jacel Kiram iaitu anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengetuai tindakan pencerobohan ke atas Sabah.

Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul Izzah
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Nurul Izzah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen
Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu.