Larangan masuk ke Sarawak yang dikenakan ke atas Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dibuat atas pertimbangan sikap tidak patriotik dan tidak sensitifnya, baru-baru ini.
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Abdullah Saidol hari ini berkata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu lebih tahu sikapnya itu telah melukakan penduduk negeri ini dan Sabah.
"Seorang pegawai polis berasal dari Sarawak antara yang terbunuh semasa pencerobohan kumpulan bersenjata Filipina ke atas Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013.
"Nurul baru-baru ini bertemu dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram yang mendakwa Sultan Sulu, orang yang terbabit secara langsung (pencerobohan di Lahad Datu)," katanya.
Abdullah menambah pada bulan lalu seorang lagi penduduk Sarawak, Bernard Then dibunuh secara kejam oleh penculik Suluk dari Filipina.
Para pegawai Imigresen telah bertemu dengan Nurul Izzah sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4 petang semalam bagi mengumumkan calon PKR pada pilihan raya negeri yang akan datang.
Seorang pegawai Imigresen memaklumkan bahawa beliau tidak dibenarkan memasuki negeri ini dan diminta meninggalkan Sarawak melalui penerbangan yang kemudiannya.
Abdullah menambah tindakan menyekat itu bukan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri kerana ia memiliki hak untuk memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat negeri ini.
"Jika Sabah boleh menyekat Nurul masuk, kenapa Sarawak tidak boleh? Kami bukan saja sekat Nurul, malah sesiapa sahaja yang mempunyai niat tidak baik dan ingin menyemai benih perbalahan kaum dan agama di negeri ini," jelas beliau.
Abdullah menambah Nurul Izzah telah menyalahgunakan kebebasan bercakap dengan bersama Jacel, anak Jamalul Kiram yang dianggap sebagai musuh negara.
Bernama
Mon Dec 07 2015

Para pegawai Imigresen telah bertemu dengan Nurul Izzah sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4 petang Ahad. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kes saman Nurul Izzah terhadap Ismail Sabri mungkin selesai secara baik
Sivarasa berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak, namun ditangguhkan.

Bicara penuh bagi kes saman Nurul Izzah terhadap KPN, Ismail Sabri
Mahkamah berpandangan bahawa saman itu patut dibenarkan untuk menjalani perbicaraan penuh, dan menetapkan 8 Mei, 2017, bagi perbicaraan.

Usul rujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan secara peribadi - Azalina
Usul tersebut telah dibahas dan diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis lepas dan Nurul Izzah sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membuat penjelasan.

Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak sebab tidak patriotik, tidak sensitif
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak berkata Nurul Izzah perlu lebih tahu sikapnya itu melukakan penduduk Sarawak dan Sabah.

Rakyat Sabah terasa hati ada pihak jumpa dalang serangan Lahad Datu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.

Nurul Izzah sedia beri penjelasan kepada Jawatankuasa Parlimen
Nurul Izzah nyatakan kesediaan beri penjelasan berhubung pertemuan dengan Jacel H. Kiram baru-baru ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Nurul Izzah saman KPN dan Menteri KKLW
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memfailkan saman Ketua Polis Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana menuduhnya sebagai pengkhianat negara.

Demonstrasi gabungan NGO tidak mahu Nurul Izzah, Tian Chua ke Sabah
Kecaman itu berikutan tindakan Nurul berjumpa dengan Jacel Kiram iaitu anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengetuai tindakan pencerobohan ke atas Sabah.

Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul Izzah
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Nurul Izzah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen
Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu.