KUALA LUMPUR: Rakyat perlu diberi pendedahan dan maklumat mengenai kehidupan norma baharu menjelang peralihan negara ke fasa endemik nanti.
Jelas Pakar Kesihatan Awam dan Pengarah Selangor Task Force Operation of COVID-19 (STFCO) Dr Mohammad Farhan Rusli, perkara itu penting ketika lebih banyak sektor akan dibuka terutama di Negeri Selangor yang akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Jumaat.
"Kalau kita cakap pasal endemik ini sebenarnya, sepatutnya endemik mengikut negara tapi kita boleh kecilkan mengikut negeri. Kalau orang tanya endemik ini apa, cuba ingat denggi ataupun demam campak, itu sesuatu seperti endemik.
"Kita dah belajar dan mengambil maklum virus akan sentiasa berada dengan kita, tetapi penting kes ini tidak lagi masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak lagi mati akibat COVID-19.
"Walaupun begitu akan ada juga kumpulan yang akan mati kerana COVID tapi sama seperti denggi, ada laporan setiap tahun ada kematian. Jadi COVID-19 akan jadi macam itu apabila kita katakan ia sesuatu endemik," katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Khamis.
Justeru Dr Muhammad Farhan berkata rakyat perlu memahami situasi sebenar keadaan endemik yang akan dilalui termasuk cara hidup bersama virus COVID-19 selain prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan.
"Kita faham apabila kita hidup dengan endemik seperti denggi, kita tidak pernah tengok sekolah tidak buka sebab denggi. Satu negeri itu tidak ada satu sekolah tidak buka, tetapi COVID pula ada cara lain.
"Jadi perkara ini rakyat masih tidak faham, apa bezanya endemik apa beza dengan Fasa 3 dan 4. Itu sebenarnya kita harus beri perincian lebih khusus, sebenarnya apabila kita katakan endemik, kita harus (lihat contoh) seperti di United Kingdom (UK), dimana stadium telah penuh dan restoran dibuka.
"Jika ada peningkatan kes atau kluster di sesuatu tempat, apakah peranan akan dilaksanakan semasa endemik ini telah dijalankan? Itu jurang yang masih kurang faham apabila kita katakan endemik ini, apa sebenarnya mereka ingin laksanakan," katanya lagi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa rakyat perlu bersedia untuk hidup dalam norma baharu apabila negara beralih ke fasa endemik.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula berkata bahawa negara dijangka bakal memasuki fasa endemik pada Oktober depan selepas 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.
BACA: KKM akan bentang strategi baharu, Keluarga Malaysia perlu bersedia masuki fasa endemik - PM
BACA: Pertemuan empat menteri bersama MKN bincang longgar SOP menjelang fasa endemik
Fareez Azman
Thu Sep 09 2021

Dr Mohammad Farhan Rusli berkata rakyat perlu diberi pendedahan dan maklumat mengenai kehidupan norma baharu menjelang peralihan negara ke fasa endemik nanti. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.