GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa kerajaan negeri supaya membatalkan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR), memandangkan ia tidak mendapat sokongan penuh rakyat.
Reezal yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata projek tambakan laut mega itu mendapat pelbagai reaksi negatif dan wujud dua petisyen yang menyokong pembatalannya.
"Sehubungan dengan itu, sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang, saya akan membawa suara bantahan dan gesaan pembatalan projek ini ke Mesyuarat MTPNg, serta mengemukakan pandangan balas terhadap projek ini kepada pihak kerajaan negeri dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau mendakwa petisyen awam "Save Penang! Reject the 3 islands Reclamation!" untuk pembatalan projek itu mendapat lebih 116,000 pernyataan sokongan setakat semalam, manakala satu lagi petisyen bertajuk "Save Malaysia's sea turtles!" yang terkait secara langsung dengan projek PSR turut mempunyai hampir 250,000 pernyataan sokongan.
Katanya, beliau secara peribadi tidak pernah bersetuju dengan projek itu yang dikatakan bertujuan untuk menjana sumber kewangan bagi membiaya projek projek pengangkutan, di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP).
Reezal mendakwa bantahan terhadap projek itu adalah kerana pelaksanaannya dianggap tidak lagi bertujuan membiayai projek-projek pengangkutan di bawah PIPPP kerana ia seakan-akan sudah menjadi projek hartanah yang dikuasai oleh syarikat swasta.
Selain itu, Reezal mendakwa projek itu boleh mengancam jaminan makanan rakyat dari hasil laut serta memusnahkan ekosistem, biodiversiti marin dan perubahan aliran air laut.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dalam kenyataan berasingan berkata PAS Pulau Pinang sememangnya membantah projek PSR oleh kerajaan negeri.
Beliau mendakwa projek itu telah tersasar daripada tujuan asalnya, sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada kepentingan sesetengah pihak dan seakan mengabaikan kelestarian alam sekitar dan hidupan laut yang menjadi punca rezeki golongan nelayan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021
![Pulau Pinang digesa batalkan projek tambak laut Pulau Pinang digesa batalkan projek tambak laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616100397_ReezalMericanNaina.jpg)
Reezal berkata projek tambakan laut mega itu mendapat pelbagai reaksi negatif dan wujud dua petisyen yang menyokong pembatalannya. - Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692007951_ChowKonYeow.jpg)
Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada Rabu ini di Dewan Sri Pinang, George Town.
![PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691667702_KhairyBertam.jpg)
PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal
Kemenangan seseorang calon itu dianggap tidak bermakna sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican.
![PRN: Wujudkan daya huni yang tinggi, Reezal tekad terus rancakkan ekonomi Bertam PRN: Wujudkan daya huni yang tinggi, Reezal tekad terus rancakkan ekonomi Bertam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691476436_ReezalMerican.jpg)
PRN: Wujudkan daya huni yang tinggi, Reezal tekad terus rancakkan ekonomi Bertam
Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican akan memastikan kawasan itu mempunyai daya huni yang tinggi melibatkan kesemua peringkat golongan.
![PRN: Rundingan UMNO, PH Pulau Pinang berlangsung baik- Reezal Merican PRN: Rundingan UMNO, PH Pulau Pinang berlangsung baik- Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683926516_ReezalMericanChow.jpg)
PRN: Rundingan UMNO, PH Pulau Pinang berlangsung baik- Reezal Merican
Belum sampai masa untuk perkembangan rundingan diumumkan kerana belum dimuktamadkan dua pihak.
![Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667916100_ReezalMerican.jpg)
Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu
Reezal Merican yang mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022).
![PRU15: Reezal Merican gagal pertahan Kepala Batas PRU15: Reezal Merican gagal pertahan Kepala Batas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668888292_ReezalMericanNaina.jpg)
PRU15: Reezal Merican gagal pertahan Kepala Batas
Reezal Merican gagal pertahan kerusi Kepala Batas
![PRU15: Reezal Merican, Zii Jia saling beri semangat PRU15: Reezal Merican, Zii Jia saling beri semangat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668611685_ReezalMericanLee.jpg)
PRU15: Reezal Merican, Zii Jia saling beri semangat
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Lee Zii Jia, mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat antara satu sama lain, hari ini.
![Bertam Resort & Water Park bakal jadi tarikan baharu di wilayah utara Bertam Resort & Water Park bakal jadi tarikan baharu di wilayah utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668609462_BertamResortWate.jpg)
Bertam Resort & Water Park bakal jadi tarikan baharu di wilayah utara
Bertam Resort & Water Park yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjadi mercu tanda dan tarikan pelancongan baharu di Kepala Batas dan wilayah utara.
![Persediaan banjir: Cuti 14,000 anggota, pegawai bomba dibekukan Persediaan banjir: Cuti 14,000 anggota, pegawai bomba dibekukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668012394_ReezalMerican.jpg)
Persediaan banjir: Cuti 14,000 anggota, pegawai bomba dibekukan
Jadual penugasan dirombak dengan memanjangkan waktu bertugas anggota daripada 12 jam ke 24 jam.
![PRU15: Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican PRU15: Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667916100_ReezalMerican.jpg)
PRU15: Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican
Manifesto BN pada PRU15 mencakupi semua dan bersifat inklusif dalam membantu rakyat Malaysia, kata Reezal Merican.