Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Dr Siti Mastura menang dengan majoriti 2,867 undi.
Dr Mastura memperolehi 28,604 undi manakala Reezal Merican memperoleh 25,737 undi.
Sementara itu, Danial Abd Majeed dari MUDA pula, memperoleh 14,214 undi.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan buat pertama kalinya BN kehilangan kerusi Parlimen Kepala Batas dalam tempoh 48 tahun iaitu sejak kawasan Parlimen itu diwujudkan pada tahun 1974.
Sementara itu, Dr Mastura yang ditemui selepas diisytiharkan menang menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi, khususnya pengundi muda yang memberi sokongan terhadapnya.
Menurutnya, peranan anak muda dalam mencorakkan politik sihat yang sering ditekankan dalam setiap ceramah dan kempennya diterima baik dan disambut oleh pengundi-pengundi di Kepala Batas.