JOHOR BAHRU: Pelaksanaan projek pembangunan perumahan baharu akan memberi lebih tumpuan terhadap aspek ancaman haiwan liar, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata, langkah itu susulan terdapat peningkatan laporan berhubung kehadiran haiwan liar seperti gajah di kawasan perumahan khususnya di luar bandar.
Justeru, beliau berkata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam aspek berkenaan bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.
"Banyak juga yang dibangkitkan akhir-akhir ini melibatkan haiwan liar yang masuk ke kawasan perumahan, jadi kita perlu bekerjasama dengan Perhilitan untuk mengelakkan musibah lebih besar atau kecederaan sama ada di pihak penduduk mahupun haiwan liar itu sendiri.
"Jadi di peringkat KPKT, isu ini sudah pasti akan dinilai dan pihak pemaju atau PBT (pihak berkuasa tempatan) perlu memastikan ketetapan yang dibuat dipenuhi, selain pemantauan berterusan juga perlu diteruskan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas mengedarkan buah limau kepada orang awam sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Taman Pelangi, di sini hari ini.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan kehadiran haiwan liar seperti gajah di kawasan kediaman penduduk di beberapa negeri antaranya di Johor, Kelantan dan Pahang.
Sementara itu, Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, berkata pihaknya sedang meneliti data dan statistik yang lebih tepat berhubung projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai.
"Dalam tempoh sebulan ini, saya telah kumpulkan data berhubung projek bermasalah dan KPKT sedang berusaha sehabis baik untuk melakukan intervensi bagi projek-projek tersebut, namun ia mungkin mengambil sedikit masa kerana projek itu bukan sahaja melibatkan projek kerajaan tetapi juga pemaju swasta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023

Langkah itu susulan terdapat peningkatan laporan berhubung kehadiran haiwan liar seperti gajah di kawasan perumahan khususnya di luar bandar.- fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada Johor
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada kerajaan Johor.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.

Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.

Usaha cekap tenaga Malaysia jimatkan elektrik 5.82 peratus setakat Jun 2024 - TPM Fadillah
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang telah diumumkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga.

Perubahan corak, magnitud musim tengkujuh tingkat cabaran pengurusan banjir
PETRA beri tumpuan kepada perlaksanaan projek infrastruktur dan langkah mitigasi untuk mengeluarkan air dari kawasan banjir dengan segera.

Pembenihan awan belum berjaya tingkat paras air Empangan Muda, Bukit Merah
Operasi Pembenihan Awan yang dilaksanakan semalam belum berjaya meningkatkan paras air di Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak.

Empat lagi Empangan Sabo akan dibina tahun ini
Akmal Nasrullah berkata empangan itu akan dibina di Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.

15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.

Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan
Langkah-langkah mitigasi yang diambil mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air secara jangka pendek dan panjang.