Presiden Indonesia Joko Widodo, yang memenangi Pilihan Raya Presiden 2019, untuk memimpin penggal kedua negara demokrasi terbesar di dunia itu, dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 8 Ogos ini.
Duta Besar Indonesia di Malaysia, Rusdi Kirana berkata Presiden ketujuh Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi dan mempunyai hubungan sangat rapat dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad itu, pastinya membawa agenda untuk mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam lawatan rasminya itu.
"Pak Jokowi sangat menghormat Pak Mahathir, ketika (Tun Mahathir) mau dilantik (sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 10 Mei 2018), Pak Jokowi harapkan beliau menjadi pemimpin (negara luar) pertama yang ucapkan selamat (tahniah).
"Ketika Pak Mahathir mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia (pada Jun 2018), Pak Jokowi menyambut Pak Mahathir di Bandara (lapangan terbang)," katanya yang menambah, Jokowi amat mengagumi kepimpinan dan pengalaman pemimpin berusia 94 tahun itu.
Beliau yang mengadakan pertemuan bersama delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia di Jakarta, berkata secara peribadi, beliau yakin Jokowi akan memfokuskan kerjasama yang lebih erat bersama Malaysia, demi kepentingan dan kemakmuran bersama dalam tempoh penggal keduanya itu.
Jadual lengkap lawatan rasmi Jokowi ke Malaysia itu bagaimanapun masih belum dikeluarkan kedutaan Besar Indonesia di Malaysia setakat ini.
Rusdi berkata berdasarkan maklumat awal, Presiden Jokowi dan Tun Dr Mahathir kemudiannya akan ke Singapura, atas undangan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, untuk membincangkan isu-isu berkepentingan bersama.
Ditanya visi Indonesia menjadi negara maju dan kuasa ekonomi kelima terbesar di dunia selepas China, Amerika Syarikat, India dan Jepun, Rusdi berkata Indonesia dan Malaysia perlu bekerjasama untuk sama- sama menjadi negara maju.
"Malaysia dan Indonesia ini kan serumpun, 'dua tangan lebih baik dari satu tangan'," katanya.
Beliau berkata kerjasama dan cadangan seperti untuk membangunkan projek kereta bersama, menjaga kepentingan serta mempelbagai produk sawit seperti biodiesel, kerjasama baharu dalam projek ekonomi, perlu diberikan penekanan dan perspektif baharu.
"Saya juga seorang pengusaha (pemilik syarikat penerbangan Lion Air Group), pastinya saya mahu Malaysia dan Indonesia melaksanakan projek-projek ekonomi bersama.
"(Contohnya) Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar getah terbesar dunia, tapi tidak bangunkan industri pembuatan tayar kapal terbang, harus juga fokus dan bangunkan biodisel untuk pesawat," katanya.
Beliau berkata, sudah tiba masanya kedua-dua negara ketepikan untuk bersaing satu sama lain, mengabaikan hal-hal sepele (remeh-temeh), sebaliknya memfokuskan usaha menjadi negara maju.
"Hal berkaitan jerebu misalnya, janganlah marah Indonesia, kan kami sedang ditimpa musibah, hutan kami terbakar, kami pun mengalami jerebu, jerebu juga ke Malaysia, makanya, sama-samalah membantu kami tangani kebakaran hutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 03 2019
Presiden ketujuh Indonesia yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad itu, pastinya membawa agenda untuk mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara. - Gambar fail
Penunggang motosikal meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
Mangsa berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.42 petang di hospital berkenaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
2. SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
3. Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
1. Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
2. SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
3. Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan
Lapan individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain dilaporkan stabil.
Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.
Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.
70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.
Warga Myanmar hilang dibawa arus deras di Kelantan
Seorang lelaki warga Myanmar berusia 50 tahun dipercayai hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Kuala Nal, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, pada Sabtu petang.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
Gaji progresif: Berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta - Rafizi
Gaji progresif dijalankan secara rintis bermula Jun hingga Disember lalu berjaya meningkatkan gaji pekerja swasta, di negara ini.
8 maut, 15 cedera dalam kebakaran pasar di Hebei, utara China
Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu.
Tiada kes HMPV dilaporkan di Indonesia
Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan tiada kes Human Metapneumovirus (HMPV) yang kini merebak di China, dikesan di negara itu.
China jangka 9 bilion trip antara wilayah semasa musim puncak perayaan Tahun Baharu Cina
Angka ini diunjurkan meningkat tujuh peratus daripada musim puncak perjalanan perayaan tahun lepas dan berpotensi mencatat rekod tertinggi.
Malaysia diminta tangguh sementara eksport produk sarang burung walet ke China
Keputusan itu selaras dengan Protokol bagi Eksport Produk Sarang Burung dari Malaysia ke China.
Loong Air lancar penerbangan dari Xi'an ke Pulau Pinang
Laluan Xi'an-Pulau Pinang itu adalah hasil kerjasama erat antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pengangkutan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
China lancar kapal amfibia generasi baharu
Kapal baharu yang dibangunkan secara mandiri itu dilancarkan dalam satu majlis pelancaran dan penamaan, diberikan nombor lambung 51.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China serah dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada Gaza
China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkaitan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.