Ringkasan AI
- China menyerahkan dua kumpulan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza pada 23 Disember, melibatkan bijirin dan ubat-ubatan, melalui Mesir.
- Duta Besar China ke Mesir, Liao Liqiang, menyatakan bahawa bantuan ini bertujuan meredakan ketegangan kemanusiaan di Gaza dan China akan terus mengekalkan komunikasi dengan Palestin dan Mesir untuk bantuan berterusan.
- Duta Besar Palestin ke Mesir, Diab al-Louh, mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan kecemasan ini dan memuji sokongan China terhadap perjuangan rakyat Palestin di arena antarabangsa.
Majlis penandatanganan sijil penyerahan barangan berkenaan disaksikan oleh Duta Besar China ke Mesir Liao Liqiang dan Duta Besar Palestin ke Mesir Diab al-Louh di sini.
Liao Liqiang menyatakan bahawa demi meredakan ketegangan situasi kemanusiaan di Gaza, kerajaan China menghulurkan bantuan yang sesuai kepada Palestin secara berterusan melalui Mesir. Barangan bantuan berkenaan melibatkan bijirin dan ubat-ubatan.
Menurut beliau, China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkaitan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.
Diab al-Louh pula menyatakan bahawa kerajaan dan rakyat Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada bantuan kecemasan China bagi mengurangkan kesengsaraan rakyat di Gaza.
Beliau turut memuji China yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin demi keadilan dan bersuara untuk Palestin di arena antarabangsa. Ini sememangnya menggambarkan persahabatan yang mendalam antara Palestin dan China serta menunjukkan China menggalas tanggungjawab yang selaras dengan negara kuasa besar.
--BERNAMA-CMG