ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.


1. [EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah

Mana mungkin peminat dan pencintanya melupakan sejarah yang pernah dilakar penyanyi Mazuin Hamzah sekitar penghujung tahun 1987.



2. Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Zaquan Adha selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi.


3. OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, bulan lalu.


4. Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya

Rayuan defendan terhadap keputusan kes saman itu dijadualkan didengar pada 19 Mei ini.


5. Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bagaimanapun permohonan itu tidak harus menjejaskan hak yang ada dalam Titah Adendum sebelum ini.


6. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei

Negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan.


7. Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke

Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.


8. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.


9. PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.


10. Akta Kontrak: Jawatankuasa semakan diberi 18 bulan laksana kajian menyeluruh

Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Kontrak diberikan tempoh 18 bulan untuk melaksanakan semakan dan kajian menyeluruh terhadap Akta Kontrak 1950 (Akta 136) yang menjadi antara agenda di bawah reformasi institusi kerajaan MADANI.