1. Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
2. Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
3. Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
4. Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.
5. Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu.
6. EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ahli Parlimen Eropah dari parti pemerintah Hungary, Fidesz, Csaba Domotor.
7. Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah.
8. Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Raja Jordan Raja Abdullah II menitahkan agar sekitar 2,000 kanak-kanak dari Gaza yang menghidap kanser atau berada dalam keadaan kritikal dibawa ke Jordan bagi menerima rawatan perubatan.
9. Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
10. Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Perbicaraan pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memasuki fasa akhir minggu ini dengan hanya berbaki dua sesi pendengaran rasmi, sementara komuniti perundangan menjangkakan keputusan diumumkan pertengahan Mac.