SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki di Jenjarom, dekat sini petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang along akibat ditetak dengan parang di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang.
Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Klang pada Ahad.
Beliau berkata dalam kejadian awal pagi Sabtu, along berumur 47 itu dikatakan hendak membuka pintu kereta selepas selesai makan bersama dua anaknya yang berumur 10 dan 18 tahun, apabila didatangi tiga lelaki, dan dua daripadanya yang bersenjatakan parang terus menyerangnya.
Shamsul Amar berkata ketiga-tiga suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu mereka di tepi jalan menghala keluar ke arah Persiaran Batu Nilam, Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021

Lelaki berumur 33 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Keluarga hidup dalam ketakutan diganggu along
Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan selepas diugut oleh pemberi pinjaman wang haram atau along walaupun telah membayar kesemua wang yang dipinjam daripada pihak terbabit.

Polis tahan enam lelaki warga Bangladesh di Muar, tumpas sindiket 'Along'
Polis menahan enam lelaki warga asing di sekitar daerah Muar yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa tanpa lesen.

Dua lelaki disyaki along ditahan polis
Dua lelaki ditahan di Taman Rima Gamelan, Bercham semalam kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen.

Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah
Empat individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menyimbah cat terhadap harta milik peminjam wang, bulan lepas.

Sindiket along: Tujuh mengaku bersalah tawar pinjaman wang tanpa lesen
Tujuh termasuk seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menawarkan pinjaman tanpa lesen.

Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan
Sindiket itu menawarkan pinjaman wang antara RM500 hingga RM5,000 dengan kadar faedah sehingga 20 peratus seminggu.

Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.

Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.

Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.