IPOH: Polis memberkas seorang lelaki warga tempatan yang disyaki orang suruhan kepada sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along yang berpangkalan di Singapura pada 26 Nov lepas melalui Op Cantas Khas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.
"Siasatan mendapati suspek yang merupakan penghutang sindiket sama melakukan jenayah ugut dan khianat dengan api, menyimbah cat merah terhadap harta benda milik mangsa.
"Suspek akan menghantar rakaman gambar dan video sebagai bukti setiap kali melakukan tugasan sebelum menerima bayaran menerusi perbankan dalam talian," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata suspek turut mengaku terlibat dalam 13 kes khianat di Perak yang melibatkan anggaran kerugian antara RM500,000 hingga RM700,000.
"Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah dan sembilan rekod narkotik itu turut didapati terlibat dalam kes khianat di Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Pahang," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut merampas barangan digunakan suspek bagi menjalankan aktiviti itu antaranya sebuah kereta jenis Proton Wira, satu unit telefon bimbit, beberapa keping nota ugutan, beberapa tong mengandungi bahan bakar dan cat merah serta pakaian.
Mohd Yusri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara antara tujuh hingga 20 tahun serta denda bagi kesalahan khianat dengan api dan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan khianat.
Dalam perkembangan lain, Mohd Yusri berkata pihaknya turut berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran dengan penahanan 10 pendatang tanpa izin dalam Op Pintas Khas di Sungai Tiang, Teluk Intan pada 29 Nov lepas.
Beliau berkata turut ditahan sepasang suami isteri yang bertindak sebagai transporter atau pengangkut kepada migran terbabit serta menahan seorang lelaki warga Timor Leste dipercayai ejen kegiatan penyeludupan berkenaan.
"Hasil siasatan mendapati 10 lelaki warga Indonesia cuba diseludup masuk melalui jalan laut dari perairan Sungai Tiang, Teluk Intan ke kawasan kebun pisang di Jalan Feri, Hutan Melintang menggunakan kereta jenis Nissan Serena dan ditahan ketika tiba di kawasan kebun pisang itu.
"Modus operandi sindiket ini mengenakan bayaran antara RM1,500 hingga RM1,800 bagi setiap migran sebelum diambil ejen dan dihantar ke seluruh negara mengikut permintaan.
"Kesemua tangkapan berumur 25 hingga 60 tahun itu direman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah dan sembilan rekod narkotik itu turut didapati terlibat dalam kes khianat di Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Pahang. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.