JOHOR BAHRU: Seorang jurulatih renang terkejut dan kini berada dalam ketakutan selepas along meletupkan keretanya di hadapan rumahnya di Taman Johor Jaya di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 4 pagi semasa wanita berusia 21 tahun itu berada dalam rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan.
"Apabila mangsa keluar rumah, dia mendapati kereta jenis Proton Persona miliknya yang diletakkan di luar pagar rumah sedang terbakar.
"Mangsa terus padam kebakaran terbabit sebelum membuat laporan polis.
"Hasil siasatan mendapati kebakaran membabitkan bahagian bumbung, bonet hadapan dan pintu sebelah penumpang.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) dikesan di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau berkata, polis menemukan sekeping nota bertulis 'this burn just warning, WhatsApp call Golden Now +65-8195-1124 and +65-8056-4729 and Sattle'.
Nota berkenaan katanya, ditampal di bahagian bonet belakang kereta dan dihantar ke Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi proses penimbulan cap jari.
Sohaimi berkata, mangsa tinggal di rumah teres satu tingkat itu bersama ibu dan abangnya sejak November 2013.
Katanya, mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.
"Namun berdasarkan nota yang ditinggalkan, dipercayai penghuni lama ada berhutang dengan peminjam wang," ujar beliau.
Menurut Sohaimi, kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM1,200.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan polis masih memburu individu yang melakukan perbuatan itu," katanya.
Sementara itu, tinjauan di rumah mangsa mendapati pagar kediamannya turut ditampal notis dipercayai perbuatan ceti haram. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024

Nota yang ditampal di pagar rumah jurulatih renang di Taman Johor Jaya. -Foto Sinar Harian

Duterte ditahan polis susulan waran tangkap ICC
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Tiga maut dalam kemalangan babitkan MPV, lori di Bintulu
Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori tiga tan di Jalan Pesisir Pantai-Samalaju, Bintulu.

Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidilfitri
Mesyuarat NACCOL membincangkan peningkatan inflasi kos perubatan dan langkah-langkah untuk mengekang kenaikan premium Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang.
AWANI Ringkas: Pembedahan Kosmetik Tanpa Lesen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reputasi sebagai ahli ekonomi beri kelebihan PM baru kanada
Pemimpin baharu Parti Liberal Kanada Mark Carney, dipuji kerana reputasi antarabangsanya sebagai ahli ekonomi

Tiga projek bernilai RM182.5 juta untuk atasi hakisan pantai di Terengganu - Fadillah
Kerajaan luluskan tiga projek bernilai RM182.5 juta di bawah RMK12 sebagai langkah mengatasi masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai Terengganu.
Putera Mahkota Arab Saudi, setiausaha AS bincang perkembangan serantau
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa dalam satu pertemuan di Jeddah pada Isnin.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.

Letupan gegar Konsulat Rusia di Perancis
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang berlaku pada ulang tahun ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.

4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.

Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan
Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.