Polis telah menahan seramai 55 orang yang dipercayai terlibat dengan aktiviti peminjaman wang tanpa lesen atau along di sekitar daerah ini pada tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata daripada jumlah itu, 15 orang telah dihadapkan ke mahkamah.
"Mereka yang ditahan bukan sahaja terdiri daripada pihak yang memberikan perkhidmatan pinjaman wang tanpa lesen, tetapi juga mereka yang membantu mempromosikan kegiatan tersebut seperti mengedarkan risalah serta menggantung sepanduk.
"Individu atau syarikat yang memberikan pinjaman tanpa lesen boleh dituduh di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang manakala mereka yang mempromosikannya pula akan didakwa bersubahat," katanya kepada pemberita selepas Operasi Turun Sepanduk Along sekitar bandar ini hari ini.
Operasi yang disertai tiga pegawai dan lapan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan itu berjaya menurunkan 3,500 keping sepanduk yang digantung di tempat awam seperti lampu serta premis.
Turut membantu dalam operasi hari ini kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan.
Mohd Noor berkata selain membanteras aktiviti promosi melalui sepanduk dan pengedaran risalah, usaha turut ditumpukan kepada pencegahan promosi menerusi laman sosial dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2018

Dua anggota MPK mengumpul poster iklan syarikat kewangan haram Ah Long yang berjaya dicabut pada Operasi Turun Sepanduk Ah Long di sekitar bandar Kuantan hari ini. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis Kuantan cekup 55 individu terlibat kegiatan along tahun lalu
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata daripada jumlah itu, 15 orang telah dihadapkan ke mahkamah.

Kerajaan akan pantau kadar faedah pinjaman perumahan oleh pemaju - Noh
Kadar faedah pinjaman 12 peratus yang menjadi pertikaian sesetengah pihak adalah kadar maksimum yang sudah termaktub dalam Akta Pinjaman Wang.

Pemberi pinjaman wang berlesen dilarang iklankan syarikat
Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen tertakluk kepada peraturan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 (Akta 400).