Pemberi pinjaman wang berlesen di negara ini diingatkan supaya tidak mengiklankan syarikat masing-masing atau berdepan tindakan tegas termasuk dibatalkan lesen operasi.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar berkata syarikat pemberi pinjaman wang berlesen tertakluk kepada peraturan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 (Akta 400).
"Saya dimaklumkan akhir-akhir ini ada peminjam wang berlesen yang iklankan syarikat mereka seperti menampal iklan di pokok-pokok atau di tiang lampu tepi jalan.
"Pemberi pinjaman wang berlesen tidak dibenarkan mengiklan syarikat masing-masing, justeru saya nak ingatkan mereka kalau langgar peraturan kementerian akan ambil tindakan tegas mengikut akta berkenaan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilftri anjuran Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini pada Isnin.
Turut hadir isteri beliau yang juga Yang Dipertua Kasih, Puan Sri Prof Aishah Salleh.
Noh dalam pada itu turut mengingatkan syarikat peminjam wang berlesen supaya tidak menjalankan kegiatan ala 'along' seperti mengenakan faedah yang tinggi.
"Dalam syarat pemberian lesen, terdapat ketetapan peratusan kadar faedah yang boleh dikenakan kepada peminjam dan kita tidak mahu pemberi pinjam wang berlesen mengambil kesempatan menekan peminjam dengan mengenakan bayaran sama seperti meminjam kepada along," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut supaya menghubungi Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai KPKT, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Tambah Noh, setiap tahun kementerian mengeluarkan kira-kira 60 lesen kepada syarikat pemberi pinjaman wang berlesen dan tahun ini sahaja kira-kira 46 lesen dikeluarkan.
"Kita juga ingin meminta kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) selain mengambil langkah menurunkan iklan-iklan peminjam berlesen yang ditampal secara haram, mereka juga diminta membuat laporan kepada kementerian," katanya.
Bernama
Tue Jul 26 2016

Pemberi pinjaman wang berlesen di negara ini diingatkan supaya tidak mengiklankan syarikat masing-masing atau berdepan tindakan tegas termasuk dibatalkan lesen operasi.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Polis Kuantan cekup 55 individu terlibat kegiatan along tahun lalu
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata daripada jumlah itu, 15 orang telah dihadapkan ke mahkamah.

Kerajaan akan pantau kadar faedah pinjaman perumahan oleh pemaju - Noh
Kadar faedah pinjaman 12 peratus yang menjadi pertikaian sesetengah pihak adalah kadar maksimum yang sudah termaktub dalam Akta Pinjaman Wang.

Pemberi pinjaman wang berlesen dilarang iklankan syarikat
Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen tertakluk kepada peraturan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 (Akta 400).