KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menggunakan sumber sedia ada bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di ibu negara baru-baru ini.
Tanpa mendedahkan jumlah dana yang diperlukan, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Perdana Menteri antara lain mahu dana kecemasan DBKL bagi tujuan itu dioptimumkan.
"Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan supaya membelanjakan serta-merta peruntukan daripada sumber DBKL dan kerajaan akan membayar balik nanti bagi menyelesaikan masalah banjir kilat," katanya dalam ucapan pada program Nur Ramadan di sini malam tadi.
Beliau berkata dana itu akan digunakan bagi menjayakan perangkaan pelan jangka pendek dan jangka panjang termasuk Kajian serta Konsep Mitigasi untuk Banjir Kilat di Kuala Lumpur dalam usaha meminimumkan impak urbanisasi terhadap persekitaran selain mengimbangi aspek sosial, ekonomi dan kesan persekitaran.
Katanya antara pelan itu ialah mengenal pasti lokasi hotspot secara terperinci, mengenal pasti sistem saliran sedia ada yang tidak dapat menampung kapasiti air hujan serta merangka penyelesaian mitigasi konseptual untuk lokasi hotspot banjir.
"Bagi menjalankan kajian ini, DBKL telah melantik IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) selaku perunding. Kajian ini mengambil masa 12 bulan dan melibatkan lima fasa," katanya.
Beliau berkata antara langkah jangka pendek termasuk menempatkan pasukan pemantau di lokasi hotspot dan menempatkan pam mudah alih di kawasan hotspot banjir yang berfungsi memindahkan lebihan air bertakung ke kawasan bersesuaian seperti kolam takungan banjir.
Shahidan berkata antara pelan jangka pendek lain ialah pembelian lebih banyak pam mudah alih yang akan dilaksanakan serta-merta dan penggunaan beg pasir sebagai langkah mitigasi selain menempatkan 25 pasukan di lapangan bagi proses pembersihan kawasan hotspot banjir bermula esok.
Katanya pelan jangka panjang pula termasuk membina 'On Site Detention' (OSD) bawah tanah untuk menampung lebihan air apabila 'Flap Gate' tertutup selain menaik taraf sistem perparitan sedia ada membabitkan lapan projek termasuk di Jalan Jinjang, Sungai Kayu Ara, Sungai Toba dan Segambut Dalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
![PM arah DBKL segera guna sumber sedia ada atasi banjir kilat PM arah DBKL segera guna sumber sedia ada atasi banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81651079566_TBSHAHIDANKASSIM.jpg)
Shahidan berkata Perdana Menteri antara lain mahu dana kecemasan DBKL bagi tujuan itu dioptimumkan. - Gambar fail
![Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723716849_TBNidzaAfham.jpg)
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis
Siasatan kes kematian Muhammad Nidza Afham tidak menemui sebarang unsur jenayah dan ia diklasifikasikan sebagai sebagai mati mengejut (SDR).
![Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704365_QRCode.jpg)
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Jalan runtuh di Sungai Lalang Semenyih, kenderaan tidak dapat lalui Jalan runtuh di Sungai Lalang Semenyih, kenderaan tidak dapat lalui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715598340_TBjalanruntuh.jpg)
Jalan runtuh di Sungai Lalang Semenyih, kenderaan tidak dapat lalui
Sebatang jalan di Sungai Lalang, berdekatan Semenyih Eco Venture Resort dan Recreation di sini dilapor runtuh dan terputus pada jam 5 petang tadi susulan banjir.
![Mitigasi banjir Kuala Lumpur: PAC mula prosiding, panggil Shahidan dan DBKL Mitigasi banjir Kuala Lumpur: PAC mula prosiding, panggil Shahidan dan DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659515555_TBNIKAZMANjpg.jpg)
Mitigasi banjir Kuala Lumpur: PAC mula prosiding, panggil Shahidan dan DBKL
Keputusan memulakan prosiding tersebut dibuat susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 1 di Dewan Rakyat, hari ini.
![DBKL kaji kurangkan kesesakan jalan raya yang tidak sepatutnya - Jalaluddin Alias DBKL kaji kurangkan kesesakan jalan raya yang tidak sepatutnya - Jalaluddin Alias](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653719811_JalaluddinAlias.jpg)
DBKL kaji kurangkan kesesakan jalan raya yang tidak sepatutnya - Jalaluddin Alias
Antara fokus utama adalah untuk memastikan pengurusan jajaran jalan raya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat diselaraskan.
![Banjir Kuala Lumpur: JPS saran guna tasik dalam taman awam sebagai kolam takungan Banjir Kuala Lumpur: JPS saran guna tasik dalam taman awam sebagai kolam takungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612868704_NorHishamMohdGhaz.jpg)
Banjir Kuala Lumpur: JPS saran guna tasik dalam taman awam sebagai kolam takungan
Nor Hisham berkata, langkah itu juga adalah lebih praktikal dan menjimatkan kos berbanding membina kolam takungan yang baharu.
![RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir? RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612607245_TBSgBunus.jpg)
RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?
Astro AWANI mendedahkan status terkini RTB berkenaan yang terletak di kawasan PULAPOL Kuala Lumpur di Jalan Semarak, di sini.